Ahad, 4 Ogos 2019

Program Big Stage 2019 mula 18 Ogos ini

Minggu ini admin perasan di TV, ada promo program yang pernah bersiaran tahun lepas iaitu Big Stage. Program Big Stage 2019 akan mula pada 18 Ogos ini. Ia merupakan sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak BaruNak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni hiburan muzik.

Program Big Stage 2019

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’ juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia,Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit selama 8 minggu di antara 12 bintang ‘BBNU’.



Peserta Big Stage 2019

  1. ADZRIN
  2. AZIZ HARUN
  3. HAN-BYUL
  4. IRFAN HARIS
  5. KUCAIMARS
  6. SANTESH
  7. CHALEEDA
  8. DINDA PERMATA
  9. FIEYA JULIA
  10. NEETA
  11. SHERYL SHAZWANIE
  12. SYADA AMZAH


Terdahulu,penyanyi Sarah Suhairi telah dinobatkan sebagai juara ‘Big Stage’ musim pertamasekaligus mengetepikan empat lagi finalis akhir iaitu Shafiq Farhain (naibjuara), Afieq Shazwan (tempat ketiga), Wani Kayrie (tempat keempat) dan Baby Shima (tempat kelima).

Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, “Sebagai pembekal kandungan harta intelek (IP) utama di Malaysia, kami menyambut baik perkembangan landskap industri hiburan kontemporari yang mengangkat seni muzik sebagai salah satu cabang seni yang paling berpengaruh.

Walaupun muzik sering disifatkan sebagai sebuah elemen penghubung yang universal, namun usaha penyatuan karya seni tempatan dan perkongsian ruang untuk menembusi persada global sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah sedangkan kita sebenarnya mampu untuk sama-sama menjana satu pasaran yang lebih meluas dengan impak yang besar menerusi inisiatif penganjuran pertandingan nyanyian berprestij seumpama ini.

Pengacara Big Stage 2019 - Sherry Al Hadad dan Alif Satar

Bukan itu sahaja, ‘Big Stage 2019’ juga turut berperanan sebagai sebuah platform integrasi untuk memartabatkan karya seni hiburan melalui muzik bersama-sama dengan empat buah negara yang lain iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan untuk diperluaskan dalam kerangka pencinta seni hiburan muzik di seantero dunia.

Sungguhpun usaha ini masih lagi di peringkat permulaan, namun jika disusun rapi dan dijalin dengan teliti, ia mampu membuka lembaran baharu untuk merapatkan jurang pasaran muzik Malaysia dan antarabangsa sekaligus mengukuhkan lagi hubungan di antara negara serantau.”

Penerbitan ‘Big Stage 2019’ turut disokong oleh Vivo, jenama telefon pintar terkenal yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Farm Fresh, jenama tenusu paling segar selaku Penaja Bersama. Manakala portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta ERA sebagai Rakan Radio Rasmi




Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SitiNurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Datuk Siti’ masih dikekalkan sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang kedua. Manakala dua lagi figura seni tersohor dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan turut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama di samping Datuk Siti. Kedua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundangkhas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

Guru vokal profesional yang tidak asing lagi dalamkalangan penggiat seni muzik tanah air, Syafizawati Sharif atau lebih dikenalisebagai Cikgu Syafi dilantik sebagai Cikgu Teknikal Vokal‘Big Stage 2019’ bagimemberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang. ‘Big Stage 2019’ jugabakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuaioleh Sharhan Syazwan atau lebih popular dengan panggilan Ca’an selaku PengarahMuzik untuk mengiringi persembahan secara ‘live’.

Berdasarkan maklum balas positif yang diterima, ‘BigStage 2019’ turut mengekalkan selebriti popular Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku Pengacara untuk musim ini. Sementara itu, Hani Fadzil yang juga merupakan personaliti ERA dibawa masuk sebagai Pengacara untuk program ‘Studio Big Stage’ dan ‘Kompilasi Studio Big Stage’ musim baharu. Manakala seorang lagi personaliti ERA; Radin Amir dan alumni ‘Big Stage’ musim pertama; Sissy Imann pula digandingkan sebagai Pengacara program ‘Big Stage Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Juara ‘Big Stage 2019’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.Untuk pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Sama seperti musim sudah, format penjurian adalah terbahagi kepada dua bahagian yang mana nasib para bintang akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.bigstage.gempak.com.Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Rangkaian program ‘Big Stage 2019’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 12 Ogos 2019. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 17 Ogos 2018.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 18 Ogos 2019.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2019’ juga bakaldisiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pengisian di platform digital pula, program‘Big Stage Live Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 8.50 malam di laman sesawang www.bigstage.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ bermula 18 Ogos 2019. - Astro Gempak