Isnin, 14 Oktober 2019

Drama Cemburu Seorang Perempuan lakonan Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong

Akan mula pada 29 Oktober ini di slot DramaVaganza Astro Ria, satu drama adaptasi dari novel bertajuk Cemburu Seorang Perempuan, nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Eyra Rahman.

Drama Cemburu Seorang Perempuan

Para Pelakon

Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish.



Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Versi novel
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya', kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu. Isteri, di wajahmu ada syurga yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu, namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya.


Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita. Aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana. Selayaknya aku di mana?

Dan adakah syurga buat suami sepertiku. Suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri, melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal.

Gambar Pelakon


Drama Cemburu Seorang Perempuan


Jangan lupa ikuti kesudahan drama Cemburu Seorang Perempuan yang bersiaran selama 20 episod ini di slot DramaVaganza Astro Ria nanti.