Sabtu, 21 Disember 2019

Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Penipuan Forex

Aktiviti penipuan merupakan barah kepada masyarakat. Industri Forex juga tida terkecuali, lebih-lebih lagi industri ini sememangnya menjadikan keuntungan jual beli matawang sebagai produk dan tarikan utama.

Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Penipuan Forex

Masyarakat perlu dididik dengan ilmu pengetahuan yang betul untuk membantu mereka membezakan di antara penipuan dan perniagaan yang sah.


Ciri-Ciri Penipuan Forex

  1. Menjanjikan pulangan yang terlalu besar.
  2. Tidak menggunakan platform dagangan yang sah.
  3. Cara deposit dan withdrawal meragukan.
  4. Broker tiada lesen yang sah.
  5. Skim multi-level (MLM) yang tidak masuk akal.

Sejarah Penipuan Forex Terbesar Dunia

Terdapat beberapa contoh kes penipuan forex terbesar dunia yang melibatkan angka ratusan juta Dollar. Antara yang paling mendapat perhatian ialah:

Black Diamond Forex
Didalangi oleh 2 individu yang mengumpul dana lebih $35 juta USD. Duit tersebut tidak langsung dilaburkan ke dalam pasaran dan transaksi Forex sebaliknya digunapakai untuk tujuan Multi-Level Pyramid Scheme.

Universal Brokerage Services
Penipuan Forex yang boleh dikatakan antara yang terbesar dalam sejarah. Seramai 1000 pelabur terpedaya dengan skim yang ditawarkan. Jumlah kerugian mencecah $190 juta USD.

Sumber: Majalah Forex Malaysia