Khamis, 27 Februari 2020

Cerekarama #sokampung lakonan Eyka Farhana dan Elisya Sandha

Tonton telefilem bertajuk #sokampung yang bersiaran di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu ini, 29 Februari 2020 jam 10 malam. Terbitan Mermaid Studios Sdn Bhd dan diarahkan oleh Liyana Jasmay.

Para Pelakon

Eyka Farhana, Elisya Sandha, Kuna Muzani, Kuza, Syafi Tee, Shasha Raman.

Cerekarama #sokampung


Lihat juga: Telefilem Main Kahwin Kahwin lakonan Sham Visa dan Tiz Zaqyah

Sinopsis Telefilem #sokampung

Khalisah dibesarkan di Kuala Selangor oleh ibu bapanya, Maryam dan Ahmad sangat penyayang. Khalisah sangat dimanjakan dan dia jadi sangat manja dan mengada-ngada setelah dewasa.

Khalisah sangat obses dengan Viva Yusuf, seorang blogger fesyen yang juga seorang peniaga berjaya. Setiap hari dia berangan nak bersolek dan cantik macam Viva.

Dia suka nak menggayakan tudung dan buat style #OOTD seperti Viva. Cuma Khalisah berlatarbelakangkan sawah padi and jalan kampung, tak dapat nak guna latar belakang hipster macam Viva.

Akaun Instagramnya pula diletakkan nama samaran “KYLIE” bukan Khalisah. Khalisah mempunyai seorang sepupu sebaya bernama Sarah yang tinggal di KL. Ibu Khalisah dan bapa Sarah adik beradik.

Masa kecil dulu Sarah selalu datang ke kampung waktu cuti sekolah, dan Khalisah juga selalu datang ke KL. Selepas belajar di sekolah menengah dah terlalu sibuk, ibu bapa Sarah dah tak ada masa nak balik kampung. Khalisah selalu mengikuti aktiviti Sarah dalam Instagram.