Rabu, 26 Februari 2020

Program Stariser Mencari Bintang Nusantara

Program Stariser merupakan kolaborasi dari Gempak dan Cumicumi.com dalam memberi peluang kepada warganegara Malaysia dan Indonesia yang mempunyai bakat menyanyi dan berminat untuk memenangi hadiah wang tunai RM 10,000.00. Kasi up la sikit hadiah tu.

Program Stariser Mencari Bintang Nusantara

Kepada peminat Hael Husaini dan Cakra Khan ini adalah peluang anda untuk menyanyikan lagu mereka di depan artis kesayangan anda.

Cara Penyertaan Stariser

1. Muat naik video nyanyian anda di laman Instagram
2. Pastikan akaun Instagram anda adalah di status ‘public’.
3. Sertakan #Stariser #TeamHael untuk masuk ke Team Hael Husaini atau #Stariser #TeamCakra untuk masuk ke Team Cakra Khan
4. Anda akan dihubungi oleh pihak produksi sekiranya terpilih.

Tarikh Hantar Penyertaan: 13hb Februari 2020
Tarikh Tutup Penyertaan: 29hb Februari 2020


Syarat Kelayakan Stariser

  • Mempunyai bakat menyanyi
  • Terbuka untuk warganegara Malaysia & Indonesia
  • Berumur 18 – 35 tahun
  • Nyanyian secara solo.
  • Terbuka kepada semua jenis kreativiti untuk mempersembahkan nyanyian anda.
  • Peserta harus memilih lagu dari Hael Husaini atau Cakra Khan sahaja. Lagu dari penyanyi lain adalah tidak dibenarkan
  • Tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman
  • Sihat tubuh badan, tidak hamil dan tidak mempunyai sebarang penyakit atau keadaan kesihatan yang bakal menyukarkan proses pengambaran
  • Peserta mestilah tidak mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tidak bankrupt
  • Peserta yang terpilih, perlu berikan komitmen sepenuhnya ketika proses pengambaran dan promosi di lapangan
  • Untuk peserta Malaysia, anda haruslah mempunyai passport yang sah dan melebihi 1 tahun dari tarikh tamat tempoh.
  • Setiap video yang dimuat naik untuk penyertaan boleh digunakan untuk tujuan promosi menyeluruh dalam apa dua bentuk media tanpa perlu keizinan dari pihak pengirim


Senarai Pilihan Lagu

Hael Husaini

Jampi
Hajat
Haram
Hari Ini
Hati
Dunia Baru

Cakra Khan

Kekasih Bayangan
Mencari Cinta Sejati
Harus Terpisah
Setelah Kau Tiada
Adalah Aku
Mengingat Dia
Jangan Mudah Putus Asa