Ahad, 23 Jun 2019

Muzikal Lawak Superstar 2019, senarai peserta

Program terbaru di saluran Astro Warna, Muzikal Lawak Superstar 2019 bermula 28 Jun ini. Bersiaran secara langsung setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam.

Muzikal Lawak Superstar 2019

Program ini juga menampilkan selebriti terkenal iaitu Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet sebagai juri tetap Muzikal Lawak Superstar.

Manakala Nabil Ahmad dan Nabila Huda digandingkan sebagai hos program berkenaan.



Berikut merupakan 14 peserta (kumpulan) Muzikal Lawak Superstar 2019:
  1. BOTAK: Achey, Abam & Black
  2. VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir
  3. NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
  4. J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman
  5. TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
  6. TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar
  7. LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
  8. KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF
  9. SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
  10. HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim
  11. KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
  12. WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura
  13. BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
  14. U N I : Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC


Program ini bersiaran langsung secara eksklusif dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) jam 9 malam.

Dalam pada itu, pelakon Izzue Islam dan penyanyi Sissy Iman juga merupakan hos Digi Extra Lawak yang bersiaran pada hari yang sama bermula jam 8:15malam hingga 8:45 malam.

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand. Manakala menerusi platform digital pula di YouTube Astro Gempak (minggu pertama sahaja).

Muzikal Lawak Superstar 2019

Pelanggan NJOI juga boleh menikmati siara langsung program ini secara percuma untuk minggu pertama secara percuma di NJOI TV (saluran 100).

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.