Khamis, 20 Jun 2019

Telefilem Cinta Paling Indah lakonan Aliff Aziz dan Nadia Brian

Telefilem Cinta Paling Indah ini akan bersiaran pada 21 Jun 2019 di TV2 jam 9.30 malam. Arahan pengarah Shirin Hj Khuzaimi terbitan Unit Drama TV RTM.

Telefilem Cinta Paling Indah

Para Pelakon

Aliff Aziz, Nadia Brian, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Beego, Didi Astillah.



Sinopsis Cinta Paling Indah

Kisahnya tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi.

Raes berkenalan dengan Damiah, gadis yang diselamatkannya ketika lemas. Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian.

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya.

Gambar Pelakon

Telefilem Cinta Paling Indah