Khamis, 20 Jun 2019

Drama Ajari Playboy Itu lakonan Fendy Bakry dan Emma Maembong

Drama Ajari Playboy Itu akan bersiaran di Slot Dahlia TV3 bermula 7 Julai, setiap hari Sabtu dan Ahad jam 9 malam. Bersiaran selama 20 episod, terbitan Pena Creative Pictures, skrip Rina Khan dan pengarah Kyoll Hamzah.

Drama Ajari Playboy Itu

Para Pelakon

Fendy Bakry, Emma Maembong, Luqman Hafidz, Jaja Iliyes, Elly Mazlein, Kilafairy, Shiqin Kamal.


Sinopsis Ajari Playboy Itu

Ajari Playboy Itu berkisar tentang Julia (Emma Maembong) dan Hana (Jaja Iliyes) yang geram dengan sikap Haris yang terlalu mudah mengecewakan hati wanita yang menggilainya. Lalu mereka merancang untuk ‘mengajar’ Haris (Fendy Bakry).

Namun, apa yang tidak disedari oleh Haris mahupun Hanna, rupanya Julia hanya mahu melempiaskan dendam kerana telah lama menyintai Haris di dalam diam namun tidak mendapat perhatian playboy itu.

Gambar Pelakon