Jumaat, 22 Januari 2021

Drama Rahimah Tanpa Rahim lakonan Azlee Khairi dan Puteri Aishah

Drama Rahimah Tanpa Rahim
Saksikan drama rantaian Rahimah Tanpa Rahim yang akan ditayangkan di Slot Akasia TV3. Drama 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan skrip nukilan Puovin & Tommy Loh. Seperti baisa, Akasia bersiaran Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Para Pelakon Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem, Kween Keela, Lana Nodin, Zalfa Zin.



Watak Lakonan

Azlee Khairi sebagai Jauhar
Puteri Aishah sebagai Rahimah
Hafidz Roshdi sebagai Adli
Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
Liza Abdullah sebagai Mak Ani
Amelina sebagai Puan Sakinah
Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
Sera Melissa sebagai Rozana
Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
Diana Dee sebagai Shidah
Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
Farhan Asri sebagai Idin
Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
Che Kem sebagai Tuan Firdaus

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Mengisahkan tentang Rahimah (Puteri Aishah) yang menghidap sindrom MRKH. Rahimah merupakan seorang yang penyayang dan baik hati kepada semua orang di sekelilingnya. Sungguhpun kehidupan hariannya sentiasa dicemuh oleh ibu tirinya, Mak Aini (Lizza Abdullah), namun Rahimah tetap cuba untuk menyesuaikan diri di kampungnya dengan membantu jiran-jirannya.

Dalam masa yang sama, bapa Rahimah, Pak Akob (Badrul Muhayat) sering kelihatan mesra dengan rakan karib anaknya, Shida (Diana Dee DFKL). Perbuatan ini mampu dihidu oleh Rahimah, tetapi setiap kali Rahimah cuba untuk memberitahu Mak Aini, Mak Aini akan memarahinya kerana tidak mempercayai kata-kata Rahimah. 

Rahimah kemudiannya bertemu dengan Jauhar (Azlee Khairi), pengasas NGO remaja bermasalah. Ada sesuatu tentang keikhlasan dan kenaifan Rahimah yang menarik Jauhar untuk cuba membantunya. Namun kerana masalah itu melibatkan keluarganya, Rahimah takut maruah keluarga tergadai dan semakin cuba untuk menjarakkan diri daripada Jauhar.

Mengeruhkan lagi keadaan adalah Mak Aini yang tidak suka Rahimah berhubungan dengan Jauhar kerana tidak mahu nama keluarganya terpalit dengan tuduhan dan fitnah orang kampung. Sebagai seorang yang amat tegas menjaga nama baik dan maruah keluarganya, Mak Aini cukup pantang apabila orang kampung berbicara buruk tentang keluarganya. 

Namun, keberangan Mak Aini memuncak apabila terjadi suatu tragedi yang melibatkan Pak Akob dan bermula daripada peristiwa itu, Mak Aini mengambil tindakan untuk menghalau Rahimah dari rumah selama-lamanya.

Apakah kaitan Rahimah dengan kes Pak Akob itu? Mampukah perempuan tidak sempurna ini bertahan dalam kehidupannya? Dan adakah Mak Aini mampu pertahankan nama baik keluarganya?

Gambar Pelakon