Selasa, 22 Oktober 2019

Drama Suri Katriana lakonan Ernie Zakri dan Ummi Nazeera

Drama bersiri 49 episod Suri Katriana akan mula bersiaran pada 29 Oktober 2019 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang. Terbitan produksi Metrowealth Pictures dan arahan pengarah Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya).

Drama Suri Katriana

Para Pelakon

Ernie Zakri, Ummi Nazeera, Aishah Azman, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Zul Huzaimy, Nazim Othman, Hasnul Rahmat, Rozita Che Wan, Fadilah Mansor, Kazar Saisi, Zaidi Omar, Aisyah Atan, Eleena Sui, Ryzal Jaafar, Ku Zara Eryna, Dhia Arissa, Qhaira Imani.



Lagu Tema / OST

Sinar Mata Hari - Ernie Zakri

Sinopsis Drama Suri Katriana

Mengisahkan tentang pergolakan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi seorang gadis cantik bernama Suri (lakonan Ernie Zakri), yang begitu meminati seni tari, namun tidak dapat meneruskan pembelajaran kerana kekangan kewangan.

Selepas dari kematian ibu bapanya, keadaan semakin mendesak sehingga Suri membuat keputusan untuk berkahwin dengan Tuan Syed Sadiq (lakonan Hasnul Rahmat), bekas majikan arwah ibunya yang selama ini banyak membantu kehidupan mereka. Suri turut digilai oleh rakan sekampungnya iaitu Faizal (lakonan Zul Huzaimy).

Kematian ibu Suri ada kena mengena dengan Farid. Selepas berkahwin, Suri berpindah dan kehidupannya cukup lain dari sebelum ini. Beliau kembali sebagai Kat (lakonan Umi Nazeera), yang ingin menuntut bela di atas apa yang berlaku kepada dirinya dan ibunya. Rahsia kematian ibunya serta rahsia perubahan pada dirinya akhirnya terbongkar dan pada ketika itu kehidupan Suri terus dibelenggu dengan dugaan.

Apakah yang membuat gadis suci seperti Suri sanggup merubah wajah untuk membalas dendam? Apakah dugaan yang bakal dihadapinya itu?

Gambar Pelakon


Drama Suri Katriana