Ahad, 2 Februari 2020

Program Suara Viral dihoskan Kamal Adli dan Vicha Saywho

Program Suara Viral ini dihoskan oleh Kamal Adli dan Vicha Saywho. Terdapat ramai yang mempunyai bakat suara tetapi nyanyian bukanlah sesuatu yang mereka dapat teruskan kerana komitmen kerjaya mereka.

Program ini memberi peluang untuk semua bakat suara dari latar belakang kerjaya yang berbeza untuk mempamerkan bakat mereka.

Program Suara Viral

Suara Viral, menampilkan 8 peserta yang mempunyai kerjaya tetap dengan suara luar biasa. Saksikan jururawat, mekanik, polis, tentera, pegawai penjara, pemandu lori dan pegawai insurans berentap untuk merebut gelaran Juara Suara Viral dan membawa pulang hadiah bernilai RM3,000.

Siapakah antara mereka ini yang berjaya memikat hati para juri Misya Omar, Noryn Aziz dan Zulhuzaimi.



Ujibakat Program Suara Viral

Tarikh : 8 & 9 Februari 2020
Tempat : Plaza Alam Sentral, Concourse
Waktu Pendaftaran : 9.00 pagi - 1.00 petang

Syarat-syarat ujibakat:

  1. Peserta harus mempunyai pekerjaan tetap selain menyanyi
  2. Peserta berusia 30 tahun dan ke atas
  3. Peserta seorang warganegara Malaysia
  4. Peserta wajib bawa bersama 1 salinan gambar berukuran 4R
  5. Peserta bebas memilih 1 lagu pilihan sendiri dan wajib memilih 1 lagu daripada senarai yang diberi (seperti di bawah)

Senarai pilihan lagu ujibakat:

  • Wings - Hukum karma
  • Sallem - Suci dalam debu
  • Akim - Potret
  • Haqiem Rusli - Tergantung sepi
  • Hafiz - Kisah Cinta Kita
  • Kazar - Memburu Impian
  • Zaiton Sameon - Menaruh Harapan
  • Dessy Ratnasari - Tenda Biru
  • Ella - Permata Biru
  • Alyah - Tak Mungkin kerna sayang
  • Erni Zakri - Ku bersuara
  • Ziana Zain - Korban cinta

Program Suara Viral bermula pada 29 Januari 2020, setiap hari Rabu di Astro Prima & Prima HD.