Watak Lakonan
Remy Ishak sebagai Haris
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah
Nad Zainal sebagai Mona
Mimi Lana sebagai Farah Azira
Riz Amin sebagai Adrian
Husna Mustaffa sebagai Nina
Meor Mohd sebagai Ihsan
Fad Anuar sebagai Latif
Ainina Ahmad sebagai Puan Aminah
Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti
Mengisahkan Mona dan Farah yang berkawan baik sejak mereka belajar di kolej.
Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia
dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah
tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia
diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada
hati yang tersakiti ?
Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia
kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad
Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.
Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi
Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran
tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri
memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.
Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke
majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian
(Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa
haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.
Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih
sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai
seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai
pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih
tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian.
Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum
mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan
baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang
dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula
tetapkan syarat kepada Farah.
Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya.
Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya.
Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai
dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.