Sabtu, 14 Julai 2018

Drama Matahari Cerah Lagi lakonan Nabila Razali dan Fadlan Hazim

Drama Matahari Cerah Lagi merupakan sebuah adaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari dengan tajuk yang sama. Terbitan Terbitan Global Stational Sdn Bhd, arahan pengarah Azri Izhar, srkip Chinta Nadeesha dan Ishak Mohamad. Bersiaran 13 episod di saluran TV1 dan OKEY.


Para Pelakon

Nabila Razali, Fadlan Hazim, Amerul Affendi, Azhar Amir, Sharifah Shahora, Wan Raja, Azhan Rani.

Ep13

Sinopsis Drama Matahari Cerah Lagi

Suha menempuh kehidupan terpencil berbanding rakan seusia. Dikongkong oleh Saidah yang diamanahkan menjaganya demi melampiaskan tamak haloba ke atas harta pusaka. Kongkongan menjadikan dia dewasa keseorangan, terabai daripada segala-galanya, dinafikan pendidikan malah lebih memilukan dia tidak dapat mengatur masa hadapannya lalu dipaksa menerima kehadiran Yem.

Namun, naluri semula jadi mengatasi kekangan psikologi, tetap mengambil tempatnya tatkala dia bertemu Munir, lelaki separuh abad yang membawa sinar secerah matahari pagi. Tetapi malangnya, Munir dirundung tekanan jiwa yang amat parah. Berdendam dengan anaknya sendiri, Adam yang membesar bersamanya di samping tiga anak yang lain. Akhirnya Munir tekad menyunting Suha dek kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar.

Gambar Pelakon








Info Lain

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, amat bersyukur apabila terus diberikan peluang memegang watak utama dalam drama berikutan dirinya masih baharu di arena seni.

Selepas Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang menggandingkannya dengan Alif Satar, artis kelahiran Akademi Fantasia 2013 itu diberi peluang untuk muncul pula dalam drama adaptasi novel, Matahari Cerah Lagi bersama-sama Fadlan Hazim.

"Bagi saya yang masih baru di pentas seni, termasuk lakonan, saya cukup gementar apabila digandingkan dengan mereka yang berpengalaman.

"Namun, peluang sebegini bukan selalu datang. Jadi, saya mencabar diri dengan menerima tawaran berkenaan. Apatah lagi drama baharu ini cukup berat temanya.

"Justeru, saya harus melakukan yang terbaik. Ia juga menjadi ruang untuk saya belajar dan sekali gus memastikan drama ini berjaya apabila menemui penonton kelak," katanya mengenai drama lakonannya yang bakal disiarkan menerusi RTM itu.

Dalam drama terbaharunya itu, Nabila, 24, memainkan watak sebagai Suha, seorang wanita yang sentiasa bernasib malang.

"Dia diseksa oleh ibu tiri selepas kematian bapa. Kemudian, soal harta keluarga pula dibangkitkan. Tidak habis di situ, Suha diseksa oleh suaminya. Selain itu, pelbagai fitnah turut dilemparkan kepadanya.

"Watak Suha sangat berat dan banyak bermain dengan emosi. Ia benar-benar mencabar kemampuan saya di depan kamera. Berlakon pula di samping pelakon hebat seperti Amerul Affendi, Wan Raja, Sharifah Shahora, Fadlan, Azhan Rani dan Nor Albaniah, ia pastinya sentiasa membuatkan adrenalin saya mengalir deras," katanya.

Menurut Nabila, bagi menjayakan wataknya itu, dia mengambil pendekatan untuk tidak membaca novel asal drama berkenaan.

"Saya hanya membaca ulasannya saja. Hendak diikutkan, novel itu memang tebal dan kalau mahu dijadikan drama panjang, mungkin melebihi 40 episod. Namun, ia diringkaskan menjadi 26 episod.

"Apa pun, di sebalik semua itu, penonton nanti akan tetap dapat merasai kesakitan ditanggung Suha," katanya.

Ketika dirinya semakin mendapat tempat dalam lakonan, Nabila mengaku dia sesekali tidak melupakan bidang seni suara.

Selepas mendapat perhatian peminat dengan single sulung berjudul Cemburu, Nabila kini mempertaruhkan pula lagu Pematah Hati. Lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu diilhamkan daripada drama lakonannya sebelum ini.

"Alhamdulillah, Pematah Hati sudah disiarkan di radio. Saya sendiri masih dalam rangka mempromosikannya," katanya yang cuba menyeimbangkan kedua-dua bidang berkenaan.