Jumaat, 13 Disember 2019

Drama Terlanjur Mencintaimu 2 lakonan Saharul Ridzwan dan Aishah Azman

Saksikan drama Terlanjur Mencintaimu 2 bermula 12 Disember 2019 pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 7 malam di TV1 RTM. Diarahkan oleh Pali Yahya dan terbitan produksi Tekun Resmi Sdn Bhd.


Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Aishah Azman, Kuna Muzani, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Aznah Hamid, Reen Rahim, Liza Abdullah, Azlan Faudzi, Nisha Dirr, Azam Pitt, Meor Mohd, Charlie Numan Salleh



Sinopsis Terlanjur Mencintaimu 2

Amir Haziq bin Dasuki, seorang lelaki berusia 26 tahun yang mempunyai masalah / gangguan Autism dalam kategori ASD (Asperger Syndrome) Amir dianggap tidak sempurna oleh sesetengah manusia, dibuli, diherdik, dihina. Ya, mungkin dia tidak sempurna di mata manusia, tetapi dia mungkin sempurna pada Allah.

Amir seorang yang sangat bijak. Tetapi ada beberapa perkara yang boleh manganggu fokus Amir. Pada usia 22 tahun, Amir mula tahu bagaimana mengawal masalah yang dia hadapi sehinggalah satu kejadian yang mula mengubah hidupnya.

Nantikan kesudahan drama Terlanjur Mencintaimu 2 hanya di TV1 RTM