Rabu, 11 Julai 2018

Filem Hantu Kak Limah lakonan Delimawati, Awie, Zul Ariffin

Filem Hantu Kak Limah bakal menemui penonton pada 9 Ogos 2018 di pawagam. Bergenre komedi seram, filem ini diterbitkan bersama Infinitues Gold / Astro Shaw Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah popular Mamat Khalid.

filem hantu kak limah poster

Para Pelakon

Delimawati, Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Rab Khalid, Sharwani, Ropie, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Ziema Din, Erra Fazira, Jue Aziz, Imuda.


Sinopsis Filem Hantu Kak Limah

Mengisahkan tentang Husin (Datuk Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.

Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati. Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur.

Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi.

Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.