Rabu, 6 Mac 2019

Drama KL Meroyan lakonan Miera Liyana, Amy Mastura, dan Sharifah Shahira

Dengan pengenalan tajuk yang unik, drama KL Meroyan yang bersiri 13 episod turut dibintangi oleh Riz Amin, Norman Hakim, dan Fahmi Reza ini mula disiarkan pada 5 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 1.00 petang menerusi TV2.

Drama KL Meroyan

Menampilkan gandingan pelakon wanita yang hebat dan berpengalaman Miera Leyana, Amy Mastura, Sharifah Shahirah dan Ellie Suriaty sebagai ketua kongsi gelap kumpulan masing-masing, drama bersiri terbaharu yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “KL Meroyan” antara program terbaik dijanjikan RTM.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13



Berbeza dengan banyak drama sebelum ini yang mana mengangkat kisah watak gangster dalam kalangan lelaki, penonton pastinya bakal teruja dengan watak dan perwatakan yang dibawakan barisan mantap pelakon wanita ini kerana turut menonjolkan keupayaan mereka menghidupkan watak ketua kongsi gelap wanita.


Sinopsis KL Meroyan

Episod pengenalannya memaparkan dua kumpulan kongsi gelap yang masing-masing menunjukkan kekuatan antara satu sama lain. Setiap kumpulan akan menuduh musuhnya apabila berlaku insiden yang tidak diingini di kawasan mereka dan bersedia untuk membalas dendam. Kedua-dua kumpulan ini diketuai Lola dan Dina. Mereka pernah berkawan namun terjadi permusuhan kerana berebut teman lelaki yang sama bernama Razif. Razif di penjara kerana kesalahan jenayah. Akhirnya Lola dan Dina memilih pasangan masing-masing.

Jika ada perselisihan antara kumpulan, mereka akan menggunakan Ita sebagai orang perantaraan. Ita juga mengetuai kumpulan kongsi gelap dan mempunyai impiannya sendiri. Untuk menggapai cita-citanya, Ita akan melaga-lagakan kedua-dua kumpulan tersebut secara halus tanpa disedari Lola dan Dina umpama insiden kematian suami mereka, membakar kedai, barangan dirampas kastam dan mengatur pergaduhan antara kedua-dua kumpulan.


Masa berlalu Dina dan Lola telah menyerahkan kuasa kepada anak-anak mereka Liya dan Andit sebagai ketua kongsi gelap menggantikan arwah suami masing-masing yang mati dibunuh. Tugas pertama mereka ialah membalas dendam atas kematian bapa-bapa mereka. Dua kumpulan bersemuka dan akhirnya berlaku pergaduhan.

Mak Ta menasihatkan Lola dan Dina melupakan permusuhan mereka kerana beliau percaya ada pihak lain yang cuba menghancurkan perniagaan mereka kerana suaminya juga menjadi mangsa. Andit dan Liya juga cuba mengubah pendekatan dalam pengurusan baru mereka. Andit dan Liya sering bertemu tanpa pengetahuan ibu mereka.

Hubungan mesra Liya dan Andit diketahui oleh Lola dan menyebabkan Lola meminta rakannya Anita memikat Andit. Liya memujuk Andit berhijrah ke Australia menjalani kehidupan baru. Namun Andit pula belum bersedia. Liya menyampaikan hasrat kepada ibunya untuk meletak jawatan kerana kerja yang dilakukan tidak sesuai dengan jiwanya dan berisiko. Ibunya memujuk dan minta bersabar. Dina terpaksa mengambil alih kerja tersebut.

Pertembungan antara kumpulan Dina dan Lola yang masing-masing menuntut kawasan yang sama membuatkan Lola marah dan bercadang membatalkan perjanjian damai dengan Dina. Dina akhirnya setuju menjual perniagaannya kepada Lola. Dina berhasrat untuk berhijrah ke Australia bersama anaknya Liya. Dalam masa yang sama Andit khuatir akan keselamatan Dina dan menjemput Liya datang ke rumahnya sambil memerhati dari kejauhan. Namun semuanya berakhir dengan baik.

Razif yang telah keluar dari penjara telah berjumpa dengan Lola dan diperkenalkan kepada Andit. Razif berhajat untuk membawa Lola keluar dari kancah perniagaan haram yang dilakukannya sekarang. Lola berkongsi dengan Andit mengenai kisah lampau majlis pernikahannya dengan Razif yang telah diganggu oleh Dina yang mahu bermadu dengan Lola. Berang permintaannya ditolak Dina telah melaporkan kegiatan kongsi gelap kepada polis menyebabkan Razif meringkuk di penjara. Sejak itu mereka bermusuh.

Andit merancang supaya ibunya meninggalkan perniagaan haramnya sekarang dan menjualkannya kepada Dina. Semasa perbincangan Dina mengamuk apabila Lola telah memungkiri janji untuk membeli perniagaannya sebaliknya telah membuat tawaran balas untuk menjual perniagaan miliknya kepada Dina. Dina tidak berpuashati dan bertindak agresif dengan menyerang pengikut Lola dan mencederakan Andit. Lola bertindak balas namun Razif sempat menghalangnya.

Liya bergaduh dengan Andik namun Ombak mempertahankannya pula. Dalam pada itu Liya melancarkan produk minyak wanginya, Andik dan Lola turut hadir dalam majlis perasmian tersebut. Lola mula merancang akan mengeluarkan minyak wangi yang sama untuk menyaingi Liya. Dalam tempoh yang singkat Lola melancarkan produk pengeluarannya. Di majlis pelancaran tersebut Dina mengamuk kerana Lola telah menciplak produk keluarannya.

Razif yang kebetelulan baru tiba dengan anak buahnya Yusof telah menghantar Dina ke hospital. Selepas pelancaran Lola turut menziarahinya dan berlaku perang mulut dan Razif menenangkan mereka berdua. Yusof pula menasihati Liya supaya lebih berhati-hati dengan Ombak kerana dia mempunyai niat yang tidak baik terhadap Liya. Liya pula mengancam Andik dan bersetuju melantik Yusof sebagai stokis produknya. Lola pula merancang untuk menjatuhkan perniagaan Dina dan Liya.

Di sebalik kemunculan Yusof berlaku pelbagai insiden yang mencurigakan. Andik memberi amaran kepada Yusof supaya menjauhi Liya. Sebaliknya Yusof mengugut Andik dan menghalaunya pergi. Satu hari Liya diserang dan diselamatkan Dino, bekas pengawal peribadi ibunya. Yusof dan Andik berebut menawan hati Liya. Dina dan Liya buntu kerana ahlinya keluar kumpulan dengan alasan yang tidak munasabah.

Dina berjumpa Liya yang merancang menyerang kumpulan Lola kerana menerima ahli kumpulannya yang belot. Dino ditugaskan merisik kegiatan kumpulan Lola dengan menyertai kumpulan tersebut. Razif menasihati Lola supaya tidak lagi mengganggu urusan Dina kerana dia sedang berusaha untuk keluar dari aktiviti kongsi gelap.

Mak Ita berjumpa dengan Lola dan cuba melaga-lagakannya dengan Dina. Liya memberitahu ibunya yang dia tidak bersetuju kahwin dengan Yusof dan juga tidak merestui perkahwinan ibunya dengan Razif. Lola meminta Ombak membunuh Liya. Andik membocorkan rahsia ini kepada Yusof supaya melindungi Liya.

Lola membuangnya tetapi Andik pula memintanya menyiasat status Yusof. Liya, Andik dan Ombak masing-masing menyiasat latar belakang Yusof. Mereka mengesyaki Yusof menyembunyikan sesuatu, lebih-lebih lagi selalu mendesak mempercepatkan perkahwinannya dengan Liya. Liya membawa perkara ini ke pengetahuan Razif.

Mak Ita merancang mengambil alih kawasan yang dikuasai Dina dan Lola dengan menghapuskan mereka berdua. Razif terpaksa dimasukkan ke hospital kerana diserang. Dia maklum Yusof yang melakukannya. Lola tersalah sasaran membunuh Aru, Ketua Geng Brickfield. Din, Ketua Kampung Baru bangkit menyelar Lola dan meminta ganti rugi akibat kejadian itu. Alasannya kerana dia mengalami kerugian kerana projek tidak dapat dilaksanakan. Dina datang menjelaskan bahawa Yusof adalah punca segala-galanya. Akhirnya Lola dan Dina berkompromi. Mak Ita menculik Andik dan Liya namun mereka berjaya meloloskan diri dari tahanan Mak Ita.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menonton drama KL Meroyan menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.