Khamis, 28 Mac 2019

Gambar majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz di The Love Matic KL

Gambar majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz di The Love Matic KL. Pelakon Fasha Sandha mengaku dirinya berdepan beberapa dugaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dengan aktor Aidil Aziz pada hujung bulan ini.

Gambar majlis malam berinai Fasha Sandha dan Aidil Aziz di The Love Matic KL

Enggan mendedahkan dugaan itu, Fasha bagaimanapun menjelaskan menerusi perkahwinan kedua ini dia berasa lebih seronok dan dihargai.

“Kali ini saya merasai erti perkahwinan sebenar. Barangkali dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak saya dapat rasa kelainan ini dan lebih disayangi.

“Lagipun sebelum ini saya tidak sempat rasa nikmat itu kerana tiada majlis perkahwinan yang tersusun, pertunangan atau malam berinai.



“Saya dapat rasa inilah keluarga sebenar dan benda yang patut ada dalam setiap wanita. Apa yang penting kena ada restu kedua-dua belah pihak,” katanya ketika ditemui bersama bakal suaminya Aidil pada majlis malam berinai di The Love @ Matic, Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, dia menegaskan dirinya enggan menyebut atau membandingkan dengan perkahwinan terdahulu sebaliknya sekadar berkongsi perasaannya sekarang.


“Saya tak nak sebut mengenai perkahwinan lama cuma nak kongsikan apa yang terjadi sekarang.

“Saya tak nak orang menyalah tafsir kenyataan saya. Saya tidak membandingkan tetapi rasa dihargai,” katanya.

Dalam pada itu, Fasha dan Aidil masih enggan membuka mulut mengenai tarikh rasmi perkahwinan mereka.

“Insya-Allah kami bakal disatukan pada penghujung bulan ini, namun mengambil keputusan untuk menghebahkan perkahwinan selepas diijabkabulkan.

“Kami berbuat demikian kerana majlis akad nikah diadakan secara tertutup dan sederhana. Jumlah hantaran dan mas kahwin biarlah rahsia dulu cuma kami akan melangsungkan pernikahan di Perlis,” katanya.


Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4.


Berita lain
Lebih empat tahun berstatus janda, pelakon Fasha Sandha bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan lelaki pilihannya yang juga pelakon, Aidil Aziz.

Meskipun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai tarikh dan majlis pernikahannya, Fasha meraikan keluarga, kenalan serta rakan media pada majlis malam berinai di The Love @ Matic, kelmarin.

Fasha yang turut ditemani bakal suaminya kelihatan sama cantik sama padan dengan menggayakan busana klasik rona ungu yang menjadi kegemarannya.

Pada majlis itu, Fasha berkongsi perasaan dan rasa teruja untuk kembali menyandang status isteri selepas bertemu cinta sejati.

Pada masa sama, Fasha mengakui sedih meninggalkan status janda namun berbangga apabila berjaya mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal yang membesarkan dua anak, Putra Rayfal,6, dan Putri Raysha Jemyma,5.

“Bukan mudah pegang status janda. Bukan semua orang suka namun bagi saya ia melambangkan kekuatan wanita atau ibu tunggal apatah lagi jika memiliki anak.

“Alhamdulillah, sepanjang lebih empat tahun ini, saya berjaya mengharunginya dan sekarang bersedia meninggalkan status itu serta bakal keluar daripada ‘kelab ibu tunggal’ yang disertai bersama beberapa rakan artis sebelum ini,” katanya.

Fasha turut meluahkan rasa sebak apabila kali pertama merasai kemeriahan bakal bergelar raja sehari.

Meskipun berdepan beberapa dugaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan, Fasha menjelaskan menerusi perkahwinan kedua ini dia rasa lebih seronok dan dihargai.

Fasha juga berharap majlis pernikahan yang bakal berlangsung berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

“Saya rasa gembira dan terharu dengan sokongan yang diberikan. Kali ini saya dapat merasai erti perkahwinan sebenar. Barangkali dengan restu keluarga kedua-dua pihak saya dapat rasa kelainan itu dan rasa lebih disayangi.

“Lagipun, sebelum ini saya tidak sempat rasa nikmat itu kerana tiada majlis perkahwinan yang tersusun, pertunangan atau malam berinai.

“Saya dapat rasa inilah keluarga yang sebenar dan benda yang patut ada buat setiap wanita. Apa yang penting kena ada restu keluarga,” katanya.

Mengharapkan perkahwinan kedua ini adalah yang terakhir, Fasha yakin dia mampu mengalas tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaik mungkin.

Fasha turut menegaskan dia enggan menyebut atau membandingkan perkahwinan terdahulu sebaliknya sekadar berkongsi perasaannya sekarang.

“Saya tak nak sebut mengenai perkahwinan lama, cuma nak kongsi apa yang terjadi sekarang.

“Saya tak nak orang salah tafsir kenyataan saya. Saya tidak membandingkan tetapi rasa dihargai. Doakan semoga rumah tangga ini menjadi yang terakhir buat saya,” katanya.

Ditanya beberapa kali mengenai tarikh rasmi pernikahannya, Fasha dan Aidil tetap dengan pendirian untuk merahsiakannya.

“Insya-Allah, kami bakal disatukan penghujung bulan ini namun mengambil keputusan menghebahkan perkahwinan selepas diijabkabulkan.

“Kami berbuat demikian kerana majlis akad nikah diadakan secara tertutup dan sederhana. Jumlah hantaran dan mas kahwin biarlah rahsia dulu. Apa yang boleh kami kongsi adalah majlis pernikahan berlangsung di Perlis,” katanya.

Ditanya mengenai destinasi berbulan madu, Fasha berkata dia dan bakal suami memilih Pulau Langkawi, Kedah.

“Buat masa ini kami merancang berbulan madu di Pulau Langkawi kerana sudah ada komitmen kerja selepas bernikah,” katanya.

Filem pendek
Menyentuh mengenai filem pendek berjudul Kisah Kami yang dikongsikan di laman Instagram, Fasha menerapkan nilai kesederhanaan yang menggambarkan keseluruhan perjalanan hidupnya bersama Aidil.

“Sebenarnya idea dan jalan cerita daripada saya. Bagi saya mencintai sesiapa pun biarlah sederhana. Malah saya sendiri pun mengamalkan kehidupan yang sederhana.

“Sederhana itu lebih indah dan apa-apa yang kita buat biarlah secara sederhana kerana ia akan menjanjikan kehidupan yang lebih bahagia,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 18 November 2018.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. - HMetro