Ahad, 1 September 2019

Drama Pesan Pada Hati lakonan Shukri Yahaya dan Nabila Razali

Drama Pesan Pada Hati mula bersiaran pada 25 Oktober 2019 di slot Lestary TV3 pada setiap hari Rabu hingga Jumaat jam 10 malam. Drama arahan Raja Ahmad Aluddin, srkip PGRs Team, Chinta Nadeesha, Sari Hermawati dan terbitan syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Drama Pesan Pada Hati

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Nabila Razali, Jasmin Hamid, Chacha Maembong, Sara Ali, Arja Lee, Elya Miera, Adam Yusuf, Firdaus Ghufran, Bella Rose, Muaz Fitri, Liza Abdullah, Anne Abdullah.



Lagu Tema / OST

Jangan Khianati Aku - Azlan and The Typewriter

Sinopsis Pesan Pada Hati

Yusuf bergaduh besar dengan abang iparnya Virza. Virza berdendam, dia mengupah orang untuk memukul Yusuf. Yusuf diculik dan dipukul, namun sempat melarikan diri. Semasa memandu laju… tayarnya pancit. Mahu atau tidak dia terpaksa naik KTM. Semasa menunggu KTM, dia berlanggar dengan Zulaikha. Zulaikha menuduh Yusuf mencuri dompetnya. Dia menyangka Yusuf peminta sedekah. Berdasarkan keadaan Yusuf yang selekeh.

Lain
Kisah cinta pandang pertama antara Yusof, lelaki bandar dengan Zulaikha seorang gadis kampung. Namun kerana perbezaan darjat hubungan mereka dilontar kebencian.

Setelah lima tahun berpisah, Zulaikha kembali untuk meminta pertolongan daripada Yusof dan sebagai ganti dia perlu menjadi orang gaji.

Gambar Pelakon


Drama Pesan Dari Hati