Ahad, 1 September 2019

Cerekarama Kenduri Hari Merdeka lakonan Azar Azmi dan Ashraf Muslim

Tonton telefilem sempena hari kemerdekaan bertajuk Kenduri Hari Merdeka di slot Cerekarama TV3 pada Sabtu, 31 Ogos, jam 9:30 malam. Terbitan Primeworks Studios, skrip Haswinda Abu Bakar dan pengarah Al Jafree Yusop.

Cerekarama Kenduri Hari Merdeka

Para Pelakon

Idris Mat Diah, Ashraf Muslim, Azar Azmi, Adam Shahz, Chiwan Chilok, Lia Natalia, Raja Hakim.


Episod 1-8

Sinopsis Kenduri Hari Merdeka

Anak sulong ketua kampung Pak Akob, Hana akan berkahwin. Kebetulan tarikh jatuh pada Hari Kebangsaan nanti. Pak Akob dan anak keduanya, Adriana lebih berjiwa patriotik. Namun Hana memilih tema Alam Laut untuk majlisnya.

Adriana mencadangkan untuk menggabungkan dua tema tersebut untuk majlis perkahwinan Hana. Dengan bantuan Amar, Lukman dan Zainol mereka bekerjasama untuk memeriahkan majlis itu.

Dalam masa yang sama mereka bertiga ingin menambat hati Adriana. Namun tidak semudah yang disangka. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui.