Isnin, 20 Januari 2020

Drama Jujurlah Nikahi Aku lakonan Uyaina Arshad dan Sean Lee

Saksikan drama terbaru Jujurlah Nikahi Aku adaptasi novel karya Umie Nadzimah di slot Drama Vaganza Astro Ria bermula 27 Januari ini. Bersiaran 30 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Drama arahan Rashid Sibir, skrip Maizura Ederis dan terbitan produksi Arie Zaharie Production.

Drama Jujurlah Nikahi Aku

Para Pelakon

Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Rita Nadira, Raja Azura, Hamidah Wahab, Zaidi Omar.



Sinopsis Jujurlah Nikahi Aku

Mengisahkan Nurin Asyfa, gadis istimewa yang dibenci ibunya sendiri kerana kecacatan yang dimiliki. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Mujurlah ada Alan yang baik dengannya. Alan sudah lama sukakan Nurin sejak sekolah lagi. Namun perbezaan agama menyebabkan mereka tidak akan bersatu.

Bos ditempat kerja Nurin, Ahmad Zanif juga menyukai Nurin. Zanif yang menganggap dirinya lelaki sempurna dan meminati Nurin yang berbeza dari gadis yang selalu didampinginya. Namun hubungan mereka dihalang oleh Zurin, adik Nurin. Tetapi jodoh telah menetapkan Nurin berkahwin dengan Zanis. Namun rumahtangga mereka tidak kekal lama.