Gegar Vaganza (GV) program realiti popular kini kembali dengan
musim ketujuh. Konsert mingguan ‘GV7’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad,
jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.
Penganjuran musim ketujuh yang mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ GV7 yang
bakal dilaksanakan mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu ini juga turut
mencatatkan rekod bilangan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah penganjuran
edisi sebelum ini.
Selain Mus, Noraniza, Yantzen dan Ayu, 10 lagi bintang yang bakal menghangatkan
pentas GV7 ialah Rozita Izlyn, Haslienda, Linda Nanuwil, Asyira, Cliff Umar
(vokalis Projek Pistol), Oja, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.
Sementara dua lagi bintang yang melengkapkan 14 bintang GV7 terdiri daripada dua
buah kumpulan popular era 90an, iaitu Indigo dan Eva.
GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem
pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah
terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.
GV7 Live Steaming
Senarai 14 Peserta Gegar Vaganza 2020
- Mus May
- Noraniza Idris
- Yantzen
- Ayu Damit
- Rozita Izlyn
- Haslienda
- Linda Nanuwil
- Asyira
- Cliff Umar (vokalis Projek Pistol)
- Oja
- Aju (vokalis kumpulan Success)
- Nomad
- Indigo
- Eva
Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, GV7 kali
ini menampilkan seorang sahaja penyertaan negara jiran, iaitu Yantzen,
penyanyi kelahiran Singapura.
“Mengenai penyertaan dari negara jiran seperti musim-musim sudah kerana edisi
kali ini cuma menampilkan seorang sahaja wakil luar iaitu Yantzen, penyanyi
kelahiran Singapura yang kini menetap di Malaysia.
“Seperti yang semua sedia maklum, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar
buat seluruh dunia ekoran penularan pandemik COVID-19. Krisis berkenaan telah
membataskan banyak perancangan Astro termasuk produksi GV sendiri yang
sebetulnya sudah mempunyai senarai artis dari negara jiran yang ingin kami
pelawa untuk bersama-sama memeriahkan musim ini.
“Namun begitu, segala perancangan yang diatur terpaksa ‘disimpan’ untuk dibawa
ke musim hadapan atas faktor keselamatan selain terikat dengan syarat SOP yang
ketat.
“Dalam masa sama, kami turut berpendapat bahawa ada hikmah di sebalik ujian
yang melanda kerana penganjuran GV kali ini menampilkan dominasi penyertaan
artis tempatan.
“Bertepatan pula dengan semangat solidariti seluruh rakyat Malaysia dalam
memerangi pandemik, maka ada manisnya apabila penganjuran kali ini membuka
peluang kepada penghibur tempatan.
“Justeru, pentas GV7 ini secara rasminya dibuka untuk meraikan mereka dan
semoga setiap peserta akan merebut peluang yang diberikan ini,” katanya.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran
Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi
portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat
ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari
Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran
ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan
disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya
konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020. - Gempak