Rabu, 12 Mei 2021

Cerekarama Misteri Mona: Kuserumu Kembali lakonan Janna Nick dan Elisya Sandha di TV3

Cerekarama Misteri Mona: Kuserumu Kembali
Saksikan sambungan drama Misteri Mona di slot Cerekarama TV3 pada 15 Mei 2021, Sabtu ini jam 10 malam. Telefilem ini merupakan terbitan produksi Aquila emas, skrip Abdul Nasir dan arahan Raja mukhriz.

Para Pelakon

Janna Nick, Elisya Sandha, Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff, Irshad Has.



Sinopsis Telefilem Misteri Mona: Kuserumu Kembali

Setelah berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia.

Anom sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona. Anom rasa sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya.

Namun, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumah itu bahawa tiada mayat seperti didakwa.

Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. Apakah rahsia dan kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona?