Isnin, 5 Jun 2017

Jadual Pembayaran BR1M 2017

Sempena menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 25 Jun 2017, Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat kedua BR1M 2017 dibuat mulai 5 Jun 2017 (Isnin).

Pembayaran ini akan melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama tempohari.

jadual pembayaran br1m 2017

Bagi permohonan rayuan pula, pembayaran dijangka akan dibuat pada 17 Jun 2017. Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berhampiran.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my


Kategori Isi Rumah RM 3000 ke bawah (termasuk warga emas)
Jumlah BR1M RM 1,200
  • Fasa 1 - RM 400 - 18/2/2017
  • Fasa 2 - RM 400 - 5/6/2017
  • Fasa 3 - RM 400 - Ogos 2017

Kategori Isi Rumah RM 3001 hingga RM 4,000 (termasuk warga emas)
Jumlah BR1M RM 900
  • Fasa 1 - RM 300 - 18/2/2017
  • Fasa 2 - RM 300 - 5/6/2017
  • Fasa 3 - RM 300 - Ogos 2017

Kategori Bujang 21 Tahun Ke Atas, Pendapatan RM2,000 ke bawah
Jumlah BR1M RM 450
  • Fasa 1 - RM 450 - 18/2/2017

siaran media BR1M

Maklumat lengkap Jadual Pembayaran BR1M 2017 di web rasmi BR1M https://ebr1m.hasil.gov.my/