Selasa, 10 Mac 2020

Perbicaraan MH17 Bermula 9 Mac 2020

Apa yang diketahui setakat ini?
Pada 17 Julai 2014, MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditempak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine dekat Grobovo. Ini telah disahkan oleh laporan Lembaga Keselamatan Belanda.

Penumpang seramai 283 orang, KRU 15 orang dan warganegara Malaysia 43 orang.

Perbicaraan MH17 Bermula 9 Mac 2020

17 Julai 2014: 12.15 malam (Waktu Belanda)
MH17 Berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam

17 Julai 2014: 10.15 malam (Waktu Malaysia)
MAS mengesahkan telah terputus hubungan 30 KM dari Tamak

Terhempas berhampiran Torez di Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 KM dari sempadan Rusia.


Seksyen kokpit yang dibina semula menunjukkan kesan objek berimpak tinggi. Pemeriksaan pada corak kesan impak menunjukka bahawa kepala peladak diletupkan di sebelah kiri kokpit dan partikel tersebar menembusi kapal terbang.

Pasukan Siasatan Bersama (JIT) menamakan empat suspek yang akan didakwa. Perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020 di Mahkamah Daerah The Hauge, Belanda.


Hampir enam tahun selepas pesawat MH17 Malaysia Airlines berkecai di ruang udara timur Ukraine, prosiding jenayah terhadap empat lelaki yang didakwa menembak jatuh pesawat itu akhirnya akan bermula di sini pada Isnin.

Menjadi tumpuan pastinya Kompleks Kehakiman Schiphol (JCS) di Badhoevedorp, tempat dijadual berlangsungnya perbicaraan di Mahkamah Daerah The Hague.

Ratusan ahli keluarga mangsa dan pemberita berada di bandar ini bagi mengikuti perbicaraan MH17 yang ditunggu sejak sekian lama dengan harapan ia akan menegakkan keadilan bagi kesemua 298 penumpang dan kru yang terbunuh dalam tragedi itu, iaitu 43 rakyat Malaysia, 193 warganegara Belanda dan 27 warganegara Australia.

Perbicaraan di mahkamah Belanda itu diadakan ketika berlakunya wabak virus korona COVID-19 di seluruh dunia, dengan Belanda mencatatkan 128 kes disahkan serta satu kes kematian pertama pada Jumaat, yang meningkat daripada 82 kes pada Khamis.

Pegawai Kehakiman Media Mahkamah Daerah The Hague Yolande Wijnnobel memberitahu media Malaysia di sini bahawa setakat ini, perbicaraan akan diteruskan seperti dirancang.

Pihak berkuasa Belanda, katanya, memantau rapat situasi wabak itu.

“Kami mempunyai Dutch National Institute for Public Health and the Environment (Institut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Kebangsaan Belanda) yang memantau perkembangan dan memberikan cadangan, yang kami guna pakai,” kata Wijnnobel.

”Buat masa ini, semua urusan berjalan seperti biasa. Kes akan diteruskan seperti dirancang,” katanya mengenai perbicaraan kes pesawat Boeing 777 Malaysia itu yang ditembak jatuh semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam pada 17 Julai, 2014.

Akan dibicarakan ialah tiga warganegara Rusia iaitu Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, serta seorang warganegara Ukraine, Leonid Kharchenko.

Mereka dijangka tidak hadir di mahkamah apabila perbicaraan bermula pada Isnin, berikutan apa yang dikatakan sebagai penyiasatan jenayah terbesar dalam sejarah Belanda.

Dilaporkan MH17 terhempas selepas ditembak dengan peluru berpandu BUK semasa berada di ruang udara kawasan konflik di Ukraine.