Drama Cinta Bukan Kristal merupakan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd. Arahan oleh saudara Shuhaimi Zulkefli. Bersiaran 28 episod di Slot Akasia TV3.
Para Pelakon
Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Ayu Raudhah, Dayana Roza, Nazrief Nazri, Noniswara, Esma Dainal, Hazman Al-Idrus, Fauziah Nawi.Sinopsis Cinta Bukan Kristal
Aryana ialah seorang gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib dirinya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur atas paksaan mak ciknya. Di situ, dia telah bertemu dengan Adrian Hilman ketika bekerja di syarikat Dato’ Manan. Terpikat dengan paras rupa dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh Adrian, Aryana mahu mendekati lelaki idamannya itu walaupun dia tahu bahawa Adrian sudah berkeluarga.Namun demikian, isteri Adrian yang bernama Sofea Darlina dapat rasakan yang suaminya sedang bermain kayu tiga. Siapakah bakal menjadi pilihan Adrian, isterinya Sofea Darlina atau Aryana?
Gambar Pelakon
Jangan lupa saksikan drama Cinta Bukan Kristal ini nanti pada Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di TV3.