Jumaat, 6 Julai 2018

Telefilem Andai Ku Cinta Lagi lakonan Remy Ishak, Uqasha Senrose

Telefilem Andai Ku Cinta Lagi akan bersiaran di TV2 pada Jumaat, 6 Julai 2018, jam 9:30 malam. Terbitan syarikat Uno Media Production ini diarahkan oleh pengarah popular Feroz Abdul Kader.

telefilem andai ku cinta lagi tv2

Para Pelakon

Remy Ishak, Uqasha Senrose, Gambit Saifullah, Sasqia Dahuri, Ahmad Fauzi, Zarina Zainuddin, Arill Fesol.

Video AndaiKuCintaLagi

Sinopsis Telefilem Andai Ku Cinta Lagi

Kisah Zaman dan Marissa yang telah lama berpisah bertemu semula tanpa sengaja di Casablanca, Maghribi atas urusan kerja. Pertemuan singkat itu telah menyedarkan mereka tentang kesilapan masa lalu sehingga menyebabkan mereka bercerai.

Mereka berdua telahpun bertunang dengan pasangan masing-masing dan keluarga Marissa sebenarnya sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan Marissa dengan Zul. Zaman pula sudah bertunang dengan Melena yang begitu mempercayai Zaman kerana kejujurannya.