Selasa, 8 Oktober 2019

Drama Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah dan Arsalan Asad Butt

Akan datang di slot Samarinda TV3 drama bertajuk Sara Sajeeda yang merupakan drama kolaborasi Malaysia dan Pakistan. Cerita asal dan skrip oleh Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil, diarahkan Eoon Shuhaini dan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.


Para Pelakon

Tiz Zaqyah, Arsalan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Hareb Farooq, Sachal Afzal, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Mas Anizan, Shaharudin Thamby, Raheela Acha, Saima Saleem, Zoya Khan, Aliha Chaundry.



Video Promo


Sinopsis Sara Sajeeda

Sara dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk meneruskan hubungan bersama Megat. Sara memilih untuk memutuskan hubungan itu kerana Megat masih belum serius dalam perhubungan mereka.

Sara 30, seorang pensyarah yang mempunyai prinsip hidup tersendiri dipaksa oleh bapanya, Ismadi, 50 untuk mengahwini Megat, 30, seorang peguam yang terkenal Malaysia. Empat tahun melayari alam percintaan, Sara merasakan sikap Megat amat membayangi bapanya. Sara mengambil keputusan untuk mencari calon suaminya sendiri dan berlaku salah faham dengan Ismadi. Namun, cara Sara itu mendapat perhatian daripada ibunya Norizan, 50 dan adiknya, Khalif, 20.

Berita Harian
Baru berkongsi foto di laman sosial, sudah ramai pengikut Tiz Zaqyah tidak sabar menunggu aksinya dalam drama rantaian, Sara Sajeeda gara-gara wajah kacak hero Pakistan gandingannya.

‘Memadu kasih’ dengan Arslan Asad Butt yang menghidupkan watak Fawwad dalam karya terbaru terbitan Zeel Production, Tiz teruja beraksi dengan pelakon Pakistan termasuk Anmol Baloch yang memegang watak Sajeeda.

“Saya melakonkan watak Sara dalam drama arahan Eon Shuhaimi ini. Rezeki saya dapat pegang watak utama dan berlakon dengan Arslan dan Anmol.

“Pelakon di Pakistan semuanya cantik-cantik... Aktornya juga kacak-kacak. Ibaratnya, semua orang di sini cantik-cantik.

“Bayangkan, saya baru saja berkongsi foto bersama Arslan di Instagram, sudah ramai pengikut dan kawan-kawan yang tidak sabar menunggu drama ini disiarkan... Jangan tak tahu, ada juga yang sudah tak keruan melihat wajahnya.

“Tapi jangan marah, dalam drama ini Arslan pilih saya,” katanya berseloroh.

Menjalani sebahagian daripada penggambaran di Pakistan, drama 30 episod Sara Sajeeda dijangka disiarkan dalam slot Samarinda oleh TV3, selewat-lewatnya Oktober depan.

Tiz yang mencipta populariti melalui drama Nur Kasih memberitahu, pengalaman bekerja dengan pelakon dan kru produksi juga sangat berharga buat dirinya.

“Saya teruja bekerja dengan Zeel Production. Selama ini hanya dengar nama dan menonton naskhah terbitannya,” katanya.

Bagi memudahkan penggambaran, skrip diterjemah sebagai panduan kepada Arslan, Anmol dan kru dari Pakistan.

“Kerjasama terjalin dengan baik... Biasalah, masalah bahasa pasti ada,” katanya.

Tiz berkata, Arslan dijangka diterbangkan ke ibu negara bagi menyudahkan penggambaran di sini.

“Saya juga difahamkan, pelakon Fahrin Ahmad dan Tasha Shilla akan ‘terbang’ ke Lahore untuk babak mereka,” katanya.

Gambar Pelakon


Drama Sara Sajeeda TV3



Drama Sara Sajeeda tv3


Jangan ketinggalan ikuti cerita menarik ini dalam drama Sara Sajeeda yang dijangka akan bersiaran pada bulan Oktober nanti.