Selasa, 8 Oktober 2019

Drama Perempuan Tepi Jalan lakonan Nazeera Sardi dan Hafreez Adam

Saksikan drama Perempuan Tepi Jalan adaptasi novel karya Wardina Aisyah yang mula disiarkan 4 Oktober 2019 di Salam HD saluran 113 Unifi TV. Terbitan A.Aida Production Sdn Bhd, skrip Rina Khan dan pengarah Dyna Maryana.

Drama Perempuan Tepi Jalan lakonan Nazeera Sardi dan Hafreez Adam

Para Pelakon

Nazeera Sardi, Hafreez Adam, Fizz Fairuz, Aida Khalida, Hanna Qistina, Wan Rania Humaira, Nafiez Zaidi, Shah Rezza, Faiz Tapaw, Lan Siro.


Sinopsis Perempuan Tepi Jalan

Maya Adriana merupakan perempuan simpanan Datuk Rizlan yang leka dengan kemewahan dan hanyut dengan maksiat. Sehinggalah terdetik dalam dirinya, sampai bila dia mahu hidup bergelumang dalam dosa.

Maya nekad untuk melarikan diri dan bertembung dengan Ferdaus dalam satu kemalangan. Sejak itu, Maya tinggal bersama untuk menjaga anak kembar Ferdaus yang juga seorang duda yang kematian isteri. Akhirnya mereka disatukan tetapi kisah silam masih menghantui Maya Adriana. Disaat cintai mulai bersemi, Datuk Rizlan muncul tanpa diduga.

Gambar Pelakon