Sabtu, 6 Julai 2019

Telefilem Tok Siah lakonan Janna Nick dan Mustaqim Bahadon

Akan bersiaran pada 6 Julai ini di saluran Astro Citra telefilem bertajuk Tok Siah lakonan Janna Nick. Telefilem ini diarahkan oleh saudara Hashim Rejab dan merupakan terbitan syarikat produksi Arie Zaharie Production.

Telefilem Tok Siah Janna Nick

Para Pelakon

Janna Nick, Mustaqim Bahadon, Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Azlan Komeng, Jesse Lim dan ramai lagi.



Video Trailer


Sinopsis Telefilem Tok Siah

Teknologi perubatan moden membuatkan Tok Siah, seorang bidan, merasa dirinya tak lagi diperlukan oleh masyarakat dan muncul konflik terang-terangan antara Tok Siah dan klinik kesihatan di kampungnya.

Info Janna Nick
Beliau dilahirkan sebagai Nurul Jannah binti Muner pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah dan merupakan anak kedua daripada empat beradik dalam keluarganya.

Adik-beradik beliau ialah abang sulungnya, Mohamad Firdaus, dua adik perempuannya, Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea. Beliau berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai di sebelah kedua-dua ibu bapanya.

Janna juga bergiat aktif dalam pasukan sorak di sekolah bersama adiknya, beliau juga pernah bergiat aktif dalam pertandingan nyanyian semasa zaman persekolahannya. Janna dan keluarganya pernah menetap di Amsterdam, Belanda selama 3 tahun sewaktu beliau masih kecil.

Gambar Pelakon





Jangan lupa saksikan telefilem Tok Siah, 'Bidan bukan doula' pada Sabtu ini 6 Julai jam 9 malam di Astro Citra.