Jumaat, 5 April 2019

Tak pasti pernah kena saman? Ini cara semak saman JPJ dan Polis

Cara semak Saman JPJ dan AES (rasmi)

  1. Pergi sahaja ke laman web rasmi JPJ.
    cara semak saman JPJ dan Polis
  2. Dibahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
  3. Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:

1. ID Sahaja
  • Pilih ruang Kategori ID
  • Masukkan No ID
  • Masukkan Kod Sekuriti.
  • Tekan butang Semak

2. ID & No. Kenderaan
  • Pilih kategori ID
  • Masukkan No. ID
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan di ruang Vehicle Registration No.
  • Masukkan Kod Sekuriti.


Cara semak saman JPJ di MyEG

Ini lebih mudah, kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.


  1. Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
  7. Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak

Cara semak saman JPJ / Polis di RILEK

Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.

  1. Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman Polis
  6. Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
  7. Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman polis melalui RILEK

Cara semak saman JPJ dan Polis guna SMS

Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.

Semak saman JPJ, SMS (guna nombor IC)

  1. Taipkan JPJ Saman <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan ke 15888
Contoh: JPJ SAMAN 920101142533

Semak saman Polis, SMS (guna nombor IC)

  1. Taipkan Polis Saman <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan ke 15888
Contoh: JPJ POLIS 920101142533

Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.

Cara membayar sama JPJ

Sebelum itu, bagi yang ingin membayar melalui JPJ, anda perlu tahu bahawa saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua:

1. Saman Yang BOLEH Dikompaun
Boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.

2. Saman Yang TIDAK BOLEH Dikompaun
Perlu diselesaikan di MAHKAMAH yang ditetapkan dalam notis saman.

Di mana boleh bayar saman JPJ?

Saman tersebut boleh dibayar:

Mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
Melalui perkhidmatan MYEG E-Services.

Cara Membayar Saman.

  1. Hadir ke Pejabat JPJ yang berkenaan untuk menuntut kenderaan dengan membawa:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan Salinan saman JPJ (P) 22 dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan Bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dilakukan secara tunai.
  5. Bayaran melalui Wang Pos/Bank Draf boleh dilakukan setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran melalui E-Services juga boleh dilakukan.

Notis:
TIADA RAYUAN untuk mengurangkan kadar kompoun.
Kadar kompaun TELAH DITETAPKAN di dalam system JPJ.

Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1, bayaran boleh dilakukan melalui laman web:

  1. http://www.eservices.com.my
  2. http://www.rilek.com.my
  3. http://www.myeg.com.my

Cara semak sama Polis trafik (PDRM)

Anda boleh buat semakan melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-Line Payment System):

  1. Di Semua Ibu Pejabat Polis Daerah.
  2. Kaunter JPJ terpilih

Untuk makluman, ada juga kaunter Trafik COPS di kompleks beli-belah terpilih. Lebih memudahkan juga.

Cara semak saman Polis di MyEG


Ini lebih mudah, kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.

  1. Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
  7. Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak

Cara bayar sama Pilis trafik PDFRM

Bagi yang ingin membayar saman melalui PDRM, ada 3 cara:


Bayar saman Polis secara Online

Melalui portal
  • http://www.rilek.com.my
  • http://www.myeg.com.my

Gunakan mod bayaran Kad Debit/Kad Kredit

Caj sebanyak RM 2.00 dikenakan terhadap semua bayaran saman bagi setiap transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.



Bayar saman Polis trafik melalui kaunter

Jika memilih untuk bayar melaui kaunter, cara bayaran ada Tunai, Kad Debit & Kad Kredit.

Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer Online Payment System)

Kaunter ini ada di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah


Melalui Kaunter JPJ Terpilih:


  • JPJ Johor Bahru
  • JPJ Kuantan
  • JPJ Seberang Prai Tengah
  • JPJ Ipoh
  • JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
  • JPJ Padang Jawa, Selangor
  • JPJ Kuala Terengganu, Terengganu
  • Melalui Kaunter Trafik COPS di Pusat Beli-Belah:
  • Terminal One Seremban
  • Perangin Mall Pulau Pinang
  • Queensbay Mall Pulau Pinang
  • Jaya Jusco Ipoh
  • The Curve Petaling Jaya
  • IOI Mall Puchong

Bayar saman Polis trafik melalui mesin ATM Maybank

Dengan 5 langkah mudah:
  • Langkah 1: Pilih “Paybills” pada menu utama
  • Langkah 2: Pilih “Pembayaran Saman PDRM”.
  • Langkah 3: Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  • Langkah 4: Pilih akau untuk bayaran
  • Langkah 5: Pilih saman yang perlu dibayar.

Semua bayaran saman tidak dikenakan caj perkhidmatan. Pra-Pendaftaran juga tidak diperlukan.

Sebagai kesimpulannya, anda ada banyak cara untuk membayar saman kerana kita mempunyai kaedah tradisional dan moden.

Oleh itu, jika anda ada tunggakan saman, cepat-cepatlah bayar supaya kenderaan anda disita. Bagi yang ingin menyelamatkan dompet, ikutlah peraturan jalan raya bagi mengelakkan duit anda ‘terbang’. Mencegah lebih baik daripada mengubati.