Khamis, 13 Februari 2020

Nama rasmi coronavirus, COVID-19

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata nama yang dipilih ialah COVID-19 sebagai singkatan Co untuk Corona, Vi untuk virus dan D untuk penyakit.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memberi nama rasmi baharu coronavirus yang kali pertama dikenal pasti di China pada 31 Disember lalu.

Tedros Adhanom Ghebreyesus

Katanya, nama itu dipilih bagi mengelak rujukan terhadap satu lokasi geografi tertentu, spesies haiwan atau sekumpulan orang, selaras cadangan antarabangsa untuk penamaan untuk mengelakkan stigmatisasi.


WHO sebelum ini memberikan nama virus sementara iaitu penyakit pernafasan akut teruk sebagai 2019-nCoV.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China minggu ini memperkenalkan nama virus itu sebagai ‘novel coronavirus pneumonia’ atau NCP.’’

Berucap pada hari pertama persidangan saintifik antarabangsa di sini yang antara lain bakal melihat pilihan vaksin dalam menentang virus itu, Tedros yakin terhadap peluang realistik dalam menghentikan wabak berkenaan.

“Kita yakin ada jalan ke arah itu,” katanya.

“Kita mesti menggunakan kesempatan yang ada untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersatu dalam menentang virus ini dari segenap sudut. Jika tidak, kita bakal berdepan lebih banyak kes dan menghabiskan lebih banyak wang,” katanya. - AFP