Rabu, 12 Februari 2020

Drama Maaf Tak Indah lakonan Azlee Khairi dan Azar Azmi

Tonton drama adaptasi novel bertajuk Maaf Tak Indah karya Emy Roberto yang mula ditayangkan pada 12 Februari 2020, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda TV3.

Bersiaran sebanyak 18 episod, drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria, skrip PGRs Team, Amka Ahmad, Riqmal Eg dan terbitan produksi Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd.

Drama Maaf Tak Indah

Para Pelakon

Azlee Khairi, Azar Azmi, Ruhainies, Fizo Omar , Zulkifli Ismail, Aida Khalida, Mustapha Kamal, Didie Alias, Zuhayr, Cassia Iman, Melanie Tan, Pauline Tan, Yumna Ayuna, Muhammad Mikael Kahirul Izzad.



Lagu Tema / OST

Maaf - Adira Suhaimi

Sinopsis Drama Maaf Tak Indah

Kisah seorang wanita bernama Syazan yang tersilap langkah melahirkan anak yang dia cuba gugurkan. Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu menyedarkan Syazan.

Namun semuanya telah terlambat dia diceraikan oleh suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan itu, malah Syazan dibuang keluarga dan berpisah dari anaknya. Hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Selepas 5 tahun, mereka dipertemukan semula. Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Syazan pula menyembunyikan kehadiran anaknya Tia dari pengetahuan Raimie.

Episod 1 - Syazan sangat obses menjaga bentuk tubuh badannya, lebih-lebih lagi setelah berkahwin dengan Raimie. Dia banyak habiskan masa dengan sahabatnya, Cheryl di Gym dan kelas Zumba.

Oleh sebab itu jugalah dia tidak mahu mengandung, sementelah dia juga bencikan kanak-kanak. Syazan mengamalkan penggunakan pil perancang walaupun Raimei tidak sabar hendakkan anak dari perkahwinan mereka.

Namun, Syazan tetap mengandung. Sejak itu, Syazan mula berubah. Dia tidak berkongsi kegembiraan bersama Raimie yang tidak sabar menerima kandungan itu. Syazan mula menyendiri. Dia benci dengan hidupnya ketika itu, lebih-lebih lagi bentuk tubuhnya ketika mengandung yang dirasakan hodoh. Sehinggalah Cherryl mencadangkan Syazan menggugurkan kandungan itu.

Gambar Pelakon