Rabu, 17 Julai 2019

Filem Suatu Ketika lakonan Namron dan Pekin Ibrahim

Filem yang bertajuk Suatu Ketika ini adalah filem pertama dari Kash Pictures mengisahkan tentang perjuangan pekebun sekolah dan sekumpulan budak kampung 12 tahun yang bertanding di JG Davidson Cup Tournament. Filem yang penuh elemen inspirasi dan sukan ini berlatarbelakang era 50an.

Filem Suatu Ketika



Projek filem Suatu Ketika ini sudah mula direncanakan pada tahun 2011. Kash Pictures sudah pun bersedia sedia untuk memulakan pengambaraan filem ini pada april 2017.

Bagaimanapun mereka memerlukan bajet yang secukupnya untuk meneruskan perjuangan mereka. Sasaran mereka bukan sahaja untuk menayangkan Suatu Ketika di pawagam Malaysia, malahan di luar negara. Filem ini dirancang untuk ditayangkan pada April 2018.

Lagi menarik filem ini ditayangkan pada tahun yang sama Piala Dunia Russia 2018. Tidak mustahil target mereka untuk menjadikan Suatu Ketika sebuah filem klasik setaraf dengan filem P.Ramlee dan The Mighty Ducks akan tercapai jika anda juga terlibat sama.

Bagi yang mengenali pelakun lama arwah Pak Tamam Idris jangan lupa ke pawagam berdekatan anda pada 12 September nanti sebab anak dan cucu Pak Tamam turut terlibat dalam filem ni. Dan boleh sama-sama nilaikan adakah bakat Pak Tamam turut mengalir dalam tubuh anaknya Din Tamam? Anda yang akan menentukanmya.

Tonton filem ni dan berikan komen anda. Turut terlibat sama anak-anak Din Tamam, Putera Syazwan, Puteri Adrianna dan sebagai watak besar juga dan watak kecil dari Putra Addin. Jadi jangan lupa berikan sokongan anda dengan datang ke pawagam dan tonton filem ni

Asyik cerita gaduh dan hantu je. Sesekali tukar selera tak salah kan? Bulan depan pun dah nak sambut bulan merdeka, sesekali layan filem macam ni best juga kan!

Sebuah kisah tentang persahabatan, perjuangan dan mengejar imipian. Standby. Rolling. Action!

Cerita yang dinanti-nantikan selama 8 tahun. Akhirnya akan menemui anda di pawagam seluruh negara pada 12 September 2019!