Selasa, 3 September 2019

Filem KL Gangster Underworld - Rise To Power lakonan Dynas Mokhtar dan Hasnul Rahmat

Sejarah underworld - Rise to Power: KLGU, sebuah filem KL Gangster Underworld. Akan ditayangkan percuma di iflix pada 19.09.19. Filem arahan Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, terbitan syarikat produksi Skop Productions & iflix.

Filem KL Gangster Underworld - Rise To Power

Para Pelakon

Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Elvin Chin, Tony Eusoff, Ridzuan Hashim, Sharifah Sakinah, Sabrina Ali, Beto Kushairy, Amerul Affendi, Zahiril Adzim, Azhan Rania.



Sinopsis KL Gangster Underworld - Rise To Power

Kisah sebelum Ayah Zan dan Madam Wong menjadi nama besar dunia KLGU. Saksikan perebutan kuasa yang mengubah konco menjadi ketua geng dan keluarga menjadi empayar.

Menceritakan watak Madam Wong, satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan.

Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.