Isnin, 2 September 2019

Telefilem Hijrah Cinta lakonan Azar Azmi dan Saharul Ridzwan

Saksikan telefilem khas sempena maal hijrah di TV1 bertajuk Hijrah Cinta. Bersiaran pada 2 September, jam 10.05 pagi. Arahan Ashraf Jurey, skrip Syaza Talib dan Yus Paul, terbitan syarikat produksi World Evolution Brain.

Telefilem Hijrah Cinta

Para Pelakon

Azar Azmi, Saharul Ridzwan dan Hazman Al-Idrus dan ramai lagi.



Lagu Tema

Keagungan CintaMu - Syed Iqmal

Sinopsis Telefilem Hijrah Cinta

Erni pemilik sebuah Restoran. Walaupun, penampilannya agak kasar dan brutal, tanggungjawab pada agama dan Allah tidak pernah diabaikan. Shahid pula seorang Ustaz di sebuah Masjid yang baru sahaja kecewa akibat kekasihnya telahpun berkahwin.

Pertemuan Shahid dan Erni di Masjid menimbulkan pelbagai lagi konflik. Apa pula agenda Malik menyebarkan video Shahid dan Erni? Apa pula hubungan antara Ila dan Malik?