Isnin, 16 September 2019

Telefilem Back To You lakonan Jasmine Suraya Chin

Saksikan telefilem istimewa sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bertajuk Back To You. Telah disiarkan pada 31 Ogos lepas di 8TV dan ulangan pada malam ini (16 September) jam 10 di TV3. Skrip nukilan Moo Siew Keh dan arahan pengarah bersama Moo Siew Keh, Simon Liong.


Para Pelakon

Jasmine Suraya Chin, Remon Lim, Ernest Chong, Azizah Mahzan, Charlie Numan Salleh, Yuna Rahim, Clara James, Alison Khor, Eiza Idanie.



Sinopsis Telefilem Back To You

Selepas 28 tahun, XiuMin berjaya menjejaki kembar perempuan yang diserahkan kepada keluarga angkat ketika masih bayi. XiuMin yang kini tinggal bersama kembar lelaki ZiCheng masih berusaha untuk menjejaki Cai Yun dengan mengiklankan pencarian Cai Yun di dalam surat khabar. Pencarian mereka akhirnya berakhir apabila berjaya menjejak Cai Yun.

XiuMin teruja untuk menemui Cai Yun tetapi dikejutkan dengan penampilan anak gadisnya yang kini berhijab dan berbahasa Melayu . XiuMin tergamam seketika dan sukar baginya untuk menerima perbezaan yang tidak disangkanya itu. Zhi Cheng kemudiannya menjelaskan Cai Yun dengan nama baharuya, Sofia telah diambil oleh pasangan Melayu iaitu Aiman dan Kamariah dari rumah anak yatim setelah ditinggalkan oleh keluarga angkat Sofia. Sofia telah dibesarkan mengikut budaya Melayu dan memeluk agama Islam.

Apakah kesudahan kasih sayang dua jiwa yang terpisah kerana budaya dan agama ini? Adakah Sofia akan pulang ke pangkuan ibu kandungya, XiuMin atau memilih Kamariah yang telah memberikan sebuah kehidupan buat Sofia?