Isnin, 16 September 2019

Telefilem Raja Sungei lakonan Anding Indrawani dan Melati Mellisa

Saksikan telefilem bertemakan Hari Malaysia bertajuk Raja Sungei yang bersiaran di TV1 pada 14 September dan ulangan 16 September 2019 jam 10 pagi. Terbitan RTM Sarawak, diarahkan oleh Azwandy @ Mcgee Suhaimi dan skrip Zakaria Hassan.

Telefilem Raja Sungei

Para Pelakon

Anding Indrawani, Melati Mellisa, Zielan Madinil, Wahab Daszz Hairaf.



Sinopsis Telefilem Raja Sungei

Adam kembali ke kampung untuk urusan tanah pusaka peninggalan ayahnya. Kampung Adam merupakan jaguh dalam pertandingan lumba perahu suatu ketika dahulu kerana sering merangkul takhta Raja Sungai pada setiap temasya.

Namun,segalanya berubah ketika kemalangan yang mengakibatkan ramai pendayung terkorban pada temasya 30 tahun lalu. Ayah Adam telah dipersalahkan dalam bencana ini.

Adam berniat untuk menembalikan zaman kegemilangan kampungnya dalam lumba perahu. Berjayakah Adam menyatukan semula semangat penduduk kampung ? Pasukan manakah yang bakal merangkul gelaran Raja Sungai?