Isnin, 24 Februari 2020

Drama Korban Kasih lakonan Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera

Tonton drama adaptasi novel karya Fatimah Saidin bertajuk Korban Kasih yang akan ditayangkan bermula 24 April 2020, Isnin hingga Ahad jam 7 malam di TV1.

Drama 30 episod ini merupakan terbitan Mache Allstar United Sdn Bhd, skrip Farhana Fauri dan diarahkan oleh Pali Yahya.

Drama Korban Kasih

Para Pelakon

Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah.



Sinopsis Drama Korban Kasih

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya.

Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain.

Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.

Gambar Pelakon