Selasa, 25 Februari 2020

Dasar Automotif Nasional 2020

Dasar Automotif Nasional 2020 adalah untuk menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam pembuatan, kejuruteraan dan teknologi serta memastikan pembangunan mampan industri automotif tempatan.

Dasar Automotif Nasional 2020

Ia juga menyokong pembangunan Projek Kenderaan Malaysia sedia ada atau baharu serta penyertaan mana-mana syarikat pengeluar kenderaan dalam merealisasikan Wawasan Automotif National.

Tempoh pelaksanaan Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP2020) adalah 10 tahun iaitu 2020 hingga 2030.

3 Elemen Baharu NAP 2020

  1. Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV)
  2. Mobiliti sebagai satu perkhidmatan (MaaS)
  3. Revolusi Perindustrian 4.0 (Industri 4.0)


Arah Tuju

Teknologi dan Kejuruteraan

Pembangunan komponan dan sistem yang kritikal untuk NxGV, MaaS dan IR4.0, termasuk teknologi kenderaan berautomasi, berautonomi dan terhubung (AACV); IR4.0, bahan ringan serta hibrid, eletrik dan kenderaan sel bahan api.

Pelaburan

Mekanisme insentif yang sesuai akan diteruskan berdasarkan analisis keuntungan kos bagi kertas cadangan perniagaan tertentu oleh pelabur.

Pengembangan Pasaran

Langkah-langkah akan diperkenal bagi meningkatkan pembangunan eksport, bukan hanya untuk kenderaan dan komponan, tetapi juga untuk sektor selepas pasaran dan perkhidmatan.

Strategi

Pembangunan Rantaian Nilai

Untuk meningkatkan daya saing rantaian nilai domestik dalam usaha mencapai produk berkualiti tinggi dan berteknologi tinggi.

Pembangunan Modal Insan

Untuk membangunan bakat tempatan selaras dengan permintaan semasa dan masa hadapan teknologi automotif dan mobiliti.

Keselamatan, Alam Sekita dan Kepenggunaan

Untuk menggalakkan penggunaan teknologi baharu yang lebih mesra alam dalam menangani isu pelepasan dan keselamatan kenderaan, serta memperkenalkan elemen hak dan perlindungan pengguna yang berkaitan dengan alat ganti dan perkhidmatan seperti proses penyelenggaraan dan penarikan semula produk.