Terbaru kerjaaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa mulai tengah malam 27 Mac hingga 9 April 2020 di dua kawasan, Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid (Simpang Renggam, Keluang, Johor).
Ini susulan 61 daripada 83 kes positif COVID-19 dikesan di Daerah Kluang adalah dari kedua-dua kawasan tersebut yang melibatkan 3,570 orang penduduk, 650 keluarga.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan:
- Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD.
- Bukan penduduk tempatan dan pelawat juga tidak dibenarkan masuk ke dua-dua kawasan.
- Semua aktiviti perniagaan dihentikan.
- Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD.
- Semua haluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
- Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.
Penduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.