Jumaat, 21 Februari 2020

Geran Padanan Pendigitalan 2020

Geran Padana Pendigitalan bertujuan mempertingkat proses pendigitalan di kalangan perusahaan kecil dan sederhana. Dibukan kepada 100 ribu PKS bagi tempoh 5 tahun dengan nilai RM500 juta.

Geran Padanan Pendigitalan

Bagi setiap permohonan yang diluluskan, kerajaan akan membiayai 50% daripada kos langganan dengan jumlah sehingga RM5,000.

Kemudahan bagi memantapkan proses pendigital perniagaan adalah seperti berikut:
  • Sistem Jualan Elektronik (e-POS)
  • Perencanaan Sumber Daya Persahaan (ERP)
  • Sistem Penggajian Sumber Manusia/Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM)
  • Pemasaran Digital
  • Sistem Perakaunan


Bank Simpanan Nasional dilantik sebagai peneraju utama dalam kerjasama strategik antara Kumpulan SME Bank dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Sebanyak 42 penyedia penyelesaian teknologi di bawah penyeliaan MDEC akan menyediakan perkhidmatan pendigitalan.

TSP yang berminat untuk menjadi penyedia perkhidmatan pendigitalan boleh membuat permohonan kepada MDEC selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020.