Khamis, 9 Januari 2020

Perodua Bezza versi 2020 harga bermula RM34,580

Kini ditawarkan dalam tiga varian utama iaitu G, X dan AV, Perodua Bezza 2020 masih kekal dengan penggunaan nadi 1.0 liter dan 1.3 liter seperti yang dilengkapkan pada model pra-facelift.

Dari segi kelengkapan asas, Perodua Bezza 2020 kini hadir dengan ciri standard seperti lampu utama LED, rim aloi, kit badan dua tona, sensor undur dan juga ciri keselamatan ABS dan EBD.

Perodua Bezza 2020 berharga RM34,580


Harga Perodua Bezza 2020 mengikut varian

Perodua Bezza G - RM34,580 Manual (Auto RM36,850)
Enjin 1KR-VE 1.0 liter (67 hp/91 Nm)
Transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan
Rim aloi bersaiz 14 inci
Cermin sisi elektrik

Perodua Bezza X - RM43,980
*tambahan kepada ciri G

Enjin 1NR-VE 1.3 liter 91 hp/121 Nm
Transmisi automatik empat kelajuan
Rim aloi bersaiz 15 inci
Sensor hadapan dan belakang
Tambahan ciri Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC)

Perodua Bezza AV - RM49,980
*tambahan kepada ciri X

Sistem Kemasukan Pintar dengan Kunci Pintar
Butang Pandu Mula
Ciri Advanced Safety Assist 2.0 (ASA 2.0)


Sistem Keselamatan ASA 2.0

  • Amaran Pra-Pelanggaran (FCW)
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB)
  • Sistem Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Penyalahgunaan Operasi Pedal (PMC)

Perodua Bezza versi 2020 harga bermula RM34,580