Saksikan drama Assalamualaikum Mustafa yang akan ditayangkan di TV9
bermula 5 Mei 2021, 13 episod setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam.
Arahan Fairuz Loy, skrip Mufid Suhaimi dan Country & Universal Sdn Bhd.
Atok Budin gembira dengan kehadiran anak dan cucunya kerana tinggal keseorangan
di kampung kecuali jika cuti semester, anak bongsunya Paksu Harris (Syazwan
Zulkifly) akan berada bersamanya. Kegembiraan berganda buat Atok Budin apabila
mereka dapat menyambut bulan Ramadan bersama anak-anak dan cucunya buat pertama
kali.
Pak Harris suka menyakat Amar dan ini tidak disenangi olehnya. Di kampung pula
terdapat tiga orang kanak-kanak yang sebaya dengannya iaitu Yaya, Comel dan Ali.
Namun Amar tidak menyenangi mereka kerana bagi Amar mereka ketinggalan zaman
tidak seperti dia yang datang dari bandar. Amar sentiasa melihat Atok Budin
bercakap dengan Mustafa. Dia pelik tetapi tidak mengendahkannya sehinggalah
suatu hari dia seperti mendengar Mustafa memanggil namanya.
Dia menceritakan perkara itu kepada Atok Budin, ibunya dan Paksu Harris tetapi
semua tidak percaya dan membuat kesimpulan yang Amar terlalu rindukan arwah
ayahnya. Amar sedih dan akhirnya Amar menjadi akrab dengan Mustafa. Mustafa
seolah-olah memahami masalah yang dihadapi oleh Amar dan menasihati Amar untuk
berbaik dengan kawan-kawan baharunya. Bagaimana kesudahan Amar dan Mustafa?
Adakah orang sekeliling mempercayai kata-kata Amar yang Mustafa boleh bercakap?
Ahad, 2 Mei 2021
Drama Assalamualaikum Mustafa lakonan Adib Haziem, Kazar Saisi dan Rozita Che Wan di TV9
Mei 02, 2021
Artikel Lain
- Saksikan drama bersiri 13 episod bertajuk Ayahanda yang diadaptasi dari novel karya
- Jangan lupa saksikan drama Black Musim Ke-2 di slot Siri Original VIU yang akan mula
- Akan datang di Astro drama adaptasi novel Dia Yang Ku Jadikan Suami karya Rinsya Cha
- Saksikan telefilem Fateema Az Zahra yang ditayangkan pada raya kedua, 14 Mei 2021, j
- Saksikan drama istimewa sempena Ramadan ini bertajuk Bila Syaitan Berbisik yang mula
- Saksikan drama rantaian Derita Untuk Bahagia di slot Tiara, Astro Prima bermula 7 Ju