Selasa, 29 Oktober 2019

Filem Pusaka lakonan Syafiq Kyle, Faizal Hussein dan Mimi Lana

Filem Pusaka akan mula ditayangkan pada 31 Oktober 2019 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Para Pelakon

Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Sweet Qismina, Fafidz Roshdi, Draman Muhammad, Aloy Paradox, Yuna Rahim, Aleza Shadan.




Sinopsis Filem Pusaka

Mengisahkan seorang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) telah menemui mayat dan seorang wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.

Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat, gangguan. Kematian demi kematian berlaku.

Versi lain
Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.

Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.