Selasa, 10 Disember 2019

Drama Lara Syakila lakonan Nazim Othman, Ben Amir dan Mona Allen

Saksikan drama rantaian Lara Syakila yang bersiaran di RTM TV2 slot Selekta Prima pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8:30 malam.

Berjumlah 30 episod drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria, idea asal Shahrulezad Mohameddin, skrip Tommy Loh, Puovin dan terbitan produksi Radius One Sdn Bhd.

Drama Lara Syakila lakonan Nazim Othman, Ben Amir dan Mona Allen

Para Pelakon

Nazim Othman, Ben Amir, Mona Allen, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Zaryyn Min, Aishah Atan, Roy Azman, Hamidah Wahab, Iman Suhana, Ameerul Asyraf.



Sinopsis Drama

Mengisahkan mengenai konflik kekeluargaan dan percintaan. Syakila seorang gadis bangsawan telah dinafikan haknya untuk bercinta dengan jejaka kampung bernama Adam.

Percintaan terhalang ini telah membawa kepada peristiwa tragis sehingga Adam dipenjarakan dan Syakila dikahwinkan dengan pilihan keluarga.