Isnin, 9 Disember 2019

Filem Busut Bonang lakonan Nadzmi Adhwa dan Along Eyzendy

Filem Busut Bonang bergenre seram komedi ini akan berada di pawagam bermula pada 19 Disember 2019. Terbitan Alfanazra Productions Sdn Bhd, idea asal Siti Jasmina Ibrahim, skrip Siti Jasmina Ibrahim, Aloy Paradoks dan diarahkan oleh Khalid Nadzri.

Filem Busut Bonang lakonan Nadzmi Adhwa dan Along Eyzendy

Para Pelakon

Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah, Ropie.



Sinopsis Filem Busut Bonang

Kematian mengerikan Cikgu Hassan menyebabkan timbul cerita oleh orang kampung bahawa kelibat arwah dilihat berkeliaran di Kampung Bonang untuk menuntut pewaris baru. Pada masa yang sama, anaknya Julia turut mengalami gangguan makhlus halus.

Sementara itu, Joey, pemilik rancangan televisyen 'Merungkai Misteri' dipanggil untuk menyiasat kebenaran di sebalik kejadian itu.

Dia turut memperdaya Lutfy, penjual jeruk yang ingin mencari pekerjaan baru, untuk mengikutnya dan Julia.

Malangnya, perjalanan mereka bertiga ke Busut telah diganggu oleh Penunggu Busut menyebabkan mereka sesat.