Jumaat, 7 Februari 2020

Drama Bukan Kahwin Paksa lakonan Kamal Adli dan Hannah Delisha

Saksikan drama Bukan Kahwin Paksa adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang akan ditayangkan di slot Lestary TV3 pada Februari ini. Bersiaran selama 13 episod, drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan terbitan produksi Global Station Sdn Bhd.

Drama Bukan Kahwin Paksa

Para Pelakon

Kamal Adli, Hannah Delisha, Danial Dashuki, Alya Iman, Oktovia Manrose, Afiq Muiz, Husna Mustaffa, Jasper Supayah, Ziela Jalil, Shah Rezza, Liza Abdullah, Watie Sadali , Dhia Irdina, Qistina Khaled.



Sinopsis Bukan Kahwin Paksa

Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Izz Rizqin mengorbankan cintanya demi keluarganya. Membawa diri selepas kekasihnya, Ariyana ditunangkan dengan abang long Azz Rizqin.

Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya.

Kedua-dua keluarga mereka mencadangkan calon pilihan dan mereka bersetuju. Tanpa mengenali mereka hanya akan berjumpa di hari pernikahan.