Khamis, 24 September 2020

Telefilem Isa dan Bella lakonan Nadiyah Shahab dan Nur Risteena Munim

Tonton telefilem Isa dan Bella lakonan Nadiyah Shahab dan Nur Risteena Munim pada 20 September 2020 di Awesome TV, jam 9 malam. Terbitan Mache All Star United Sdn Bhd, arahan Nazir Jamaluddin dan skip Adza Emie, Adza Irdawawti.

Para Pelakon

Nadiyah Shahab, Nur Risteena Munim, Hafiz Mikael, Amyza Aznan, Maria Farida, Badrul Muhayat, Syuhaida Abraz, Mahmud Alibashah.



Sinopsis Drama Isa dan Bella

Berkisarkan dua sahabat yang dilahirkan pada hari yang sama iaitu pada tanggal 16 September 1994 dan di hospital yang sama. Mereka membesar bagaikan sepasang kembar namun yang membezakan hanyalah latar belakang kehidupan mereka.

Situasi menjadi rumit apabila Isa dan Bella ingin bernikah pada hari yang sama tetapi Tok Kadi serta lokasi hanya terhad untuk satu slot sahaja.

Di sinilah timbul pelbagai konflik serta aksi lucu dari mereka kerana keengganan mereka untuk mengalah sehingga nilai persahabatan yang dipupuk sejak kecil menjadi taruhan.