Rabu, 19 Mei 2021

Drama Ahli Bapak Bapak Club lakonan Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Steve Yap, Luqman Hafidz

Tonton drama bersiri terbaru bertajuk Ahli Bapak Bapak Club yang mula bersiaran pada 19 Mei 2021, jam 9.30 malam di Astro Ria. Terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh Tam Suhaimi.

Juga boleh ditonton secara online di Astro Go, On Demand dan Ultra Box.

Para Pelakon

Aiman Hakim, Shiqin Kamal, Uyaina Arshad, Maria Farida, Steve Yap, Luqman Hafidz, Fizz Fairuz, Danish, Zailin Aqeesha.


Watak Lakonan

Aiman Hakim sebagai Joe
Shiqin Kamal sebagai Hana
Uyaina Arshad sebagai Yem
Maria Farida sebagai Fisha
Steve Yap sebagai Nik
Luqman Hafidz sebagai Bob

Sinopsis Ahli Bapak Bapak Club

Kisah 3 orang lelaki berlainan watak mempunyai masalah dan cabaran untuk menjadi seorang bapa.

Hana, seorang influencer terkenal dan bekas isteri kepada Joe. Selepas berpisah dengan Joe, bertambah-tambah lawa Hana ni. Adakah Joe menyesal berpisah dengan Hana?

Bob, seorang penganggur selepas syarikat dia bekerja gulung tikar. Tapi Bob rahsiakan dari isterinya tentang ini dan berpura-pura masih bekerja. Sampai bila Bob akan main wayang?

Yem, seorang cikgu dan isteri kepada Bob. Yem terpaksa menyara keluarga selepas Bob hilang kerja. Sampai bila Yem boleh tahan dengan Bob?

Nik Tan Abdullah, seorang pakar motivasi yang berjaya. Nik seorang penyayang dan ada stail. Nampak macam perfect kan. Tapi Nik tak disukai oleh dua anak tirinya. Dapat tak Nik guna skil dia ada untuk ambil hati anak tiri dia?

Fisha seorang jutawan kosmetik, isteri kepada Nik dan ada 2 orang anak yang sangat disayangi. Tapi dibelakang Fisha, ada sesuatu terjadi antara Nik dan anak-anaknya di luar pengetahuan dia.

Episod 1 - Joe gagal dalam sesi 'casting' kerana sukar hendak menangis, Bob pula masih pura-pura pergi kerja padahal sudah kena buang manakala Nik sekeluarga dapat tawaran menyertai program realiti The House.

Episod 2 - Walaupun nampak baik dengan anak tirinya, Nick cuak hendak sertai program The House kerana takut dibuli dengan Dhani & Andra. Manakala Joe dikecam teruk oleh netizen kerana tidak pandai berfesyen.

Episod 3 - Mak Mer dan Yem marah besar setelah rahsia Bob 2 bulan tiada bekerja diketahui mereka. Mujur Nick tawarkan Bob kerja baru sebagai pembantu peribadi. Tapi ketika bekerja, macam-macam hal Bob buat!