Ahad, 7 Julai 2019

Drama Keluarga Baha Don lakonan Remy Ishak dan Jihan Muse

Akan ditayangkan di laman streaming Viu bermula pada 11 Julai ini, drama komedi bertajuk Keluarga Baha Don.

Drama Keluarga Baha Don

Para Pelakon

Remy Ishak, Jihan Muse, Othman Hafsham, Susan Lankester, Khir Rahman, Sharifah Aleysha, Melissa Campbell, Nam Ron, Razak Ahmad, Alvin Wong, Mark Adam, Sabri Yunus, Ayu Azhari, Junji Delfino, Doungles Wong, Indi Nadarajah.


Tonton drama Keluarga Baha Dondi VIU Malaysia

Sinopsis Keluarga Baha Don

Mengisahkan tentang Jo Don (Remy Ishak), seorang chef yang bercita-cita untuk mengejar kemahiran memasaknya di Eropah. Jo Don mengalami dilema setelah kematian bapanya, Baha Don yang telah meninggalkan wasiat yang meminta Jo untuk mewarisi perniagaan keluarga. Tanpa dia sedari, ayahnya menggunakan perniagaan makanannya sebagai perantara untuk urusan haram dalam industri makanan.

Drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dan Kesuma (Jihan Muse), namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya lakonan Melissa Campbell.

Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya selama ini?

Berkongsi wataknya (Remy Ishak) dalam drama 10 episod itu, dia memegang watak sebagai Jo Don seorang anak keluarga mafia iaitu Baha Don.

Dalam pada itu, Remy tidak menolak diberikan lagi watak komedi kerana sekurang-kurangnya dapat mempelbagaikan watak dan tidak hanya tampil sebagai hero dan karakter serius.

“Saya tidak menolak jika ditawarkan watak komedi pada masa akan datang tetapi kenalah tengok skripnya terlebih dahulu selain pengarah dan pelakon yang terbabit.

“Bagi saya satu pengalaman baharu apabila melakonkan watak komedi dan membawa saya ke tahap yang berbeza daripada sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Remy juga bakal sibuk di lokasi penggambaran drama Ombak Rindu.

Drama empat episod itu menggandingkan Remy bersama Izara Aishah yang membawa watak Izzah.

Tidak mahu ada yang membandingkan dia dengan Datuk Aaron Aziz, Remy berkata jalan ceritanya juga berbeza.

“Ombak Rindu Series adalah sequel filem Ombak Rindu. Masih mengekalkan Osman Ali sebagai pengarah tetapi jalan ceritanya berbeza dan tidak ada kena mengena dengan filem asal,” katanya.

Selain Remy, Ombak Rindu Series yang akan ditayangkan di Iflix turut menampilkan pelakon lain seperti Datin Diana Danielle, Hana Aqeela, Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose.

Melihat tawaran diterima lebih banyak kepada tayangan untuk online kebelakangan ini, Remy berkata, dia menerima apa saja tawaran yang datang.

“Saya tidak kisah berlakon untuk mana-mana tayangan sekalipun asalkan skripnya menarik dan selesa untuk saya bawakan,” katanya.

Gambar Pelakon

Drama Keluarga Baha Don

Drama Keluarga Baha Don

Drama Keluarga Baha Don

Drama Keluarga Baha Don

Drama Keluarga Baha Don

Nantikan drama Keluarga Baha Don yang menarik ini di laman streaming drama popular Viu Malaysia.